Seorang pengguna jalan raya merakam situasi sekumpulan ‘mat motosikal’ berlumba di atas jalan raya pada waktu malam. Bagaimanapun tindakan berbahaya mereka itu telah menyebabkan salah seorang daripada mereka nyaris dilenyek sebuah lori yang berada di belakang.
Mangsa pada ketika itu dirakam sedang membuat aksi ‘Superman’ sebelum berlanggar dengan seorang lagi penunggang motosikal yang berada di hadapan. Selepas berlaku perlanggaran, motosikalnya terjatuh, bergesel mengeluarkan percikan api beberapa ratus meter ke atas jalan.
Baca Juga:
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
Manakala sebuah lori yang berada di belakang mereka terpaksa menghentikan kenderaan secara mengejut untuk mengelak kemalangan lebih parah berlaku semasa kejadian itu.
Kemudian beberapa penunggang motosikal lain berhenti di tepi jalan dan meluru ke arah mangsa untuk memberi bantuan yang dipercayai sudah tidak sedarkan diri.
Dalam pada itu, orang ramai turut memuji kecekapan pemandu yang dapat menghentikan lori dalam jarak beberapa meter daripada mangsa yang sudah tidak sedarkan diri.
Jika tidak pasti pemandu lori itu bakal dikenakan tindakan walaupun kemalangan itu bukanlah berpunca daripadanya.