Pada hari ini gejala scammer atas talian berleluasa dengan sangat pantas sekali. Jika tidak berhati-hati, pasti terperangkap dengan scammer terbabit.
Baru-baru ini tular tangkap layar di mana seorang scammer cuba menipu untuk mendapatkan refund daripada peniaga selepas mendakwa sate yang dibelinya hangit.
Baca Juga:
- ‘Bank Perlu Bayar Balik Duit Mangsa Scammer Jika Terdapat Kecuaian’ – Anwar Ibrahim
- ‘Scammer Makin Pandai’ – Pemilik Kedai Minta Orang Ramai Berwaspada Beli Kereta Online
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
Permintaan scammer itu mengundang persoalan kerana mustahil ke semua 140 cucuk sate yang dibeli, semuanya hangit.
“Saya rasa macam pelik tak akanlah 140 cucuk, semuanya hangit. Dan biasalah kalau hangit sikit-sikit, itu normal disebabkan kita bakar pakai arang,” kata peniaga sate itu.

Apabila diminta untuk bawa ‘sate hangit’ itu ke kedai semula untuk diganti balik, scammer tersebut mendakwa dia sudah berada di Cheras. Perkara itu langsung tidak masuk akal kerana peniaga menjual di Manjung.
Apabila diminta menghantar gambar sebagai bukti, sekali lagi scammer membuatkan peniaga geli hati apabila dia menghantar gambar ‘sate hangit’ yang diletakkan di atas daun pisang.
“Saya saja letak daun,” kata scammer.
Bagaimanapun gambar itu langsung tidak membuatkan peniaga mempercayakannya. Sebaliknya peniaga terus menghantar gambar tangkap layar sumber gambar ‘sate hangit’ itu diambil daripada mana.
“Maaf cik, daripada gambar saya tahu. Walaupun bukan sate saya, itu sate daging.
“Dan saya tahu saya peniaga jalanan. Tapi saya tidaklah bodoh,” kata peniaga itu.
Menerusi hantaran Facebook itu, didapati dia cuba menipu lagi satu kedai sate di Kajang. Dia ditegur pemilik kedai sate untuk tidak buat lagi perkara terkutuk itu.
Namun, scammer masih cuba menegak benang basah dengan mendakwa suaminya ‘tersalah’ kedai sate.