Seorang wanita ini dilaporkan merasa tertipu apabila perlu membayar RM1,800 untuk sebuah review secara paksa oleh individu bergelar influencer di TikTok.

Menerusi hantaran akaun TikTok @alinkiwi, difahamkan influencer tersebut mendekati ayahnya dan memperkenalkan diri sebagai seorang ‘Tiktoker popular’ dan mahu membuat konten di TikTok berkaitan makanan di restoran mlik bapa wanita tersebut.

Baca Juga:

“Ayah saya memang ada restoran. Jadi, ada seorang TikToker yang datang dan hendak buat ‘review’ makanan.

“Ayah saya cakap boleh, silakan buat review. Kami faham, jika ada restoran yang menyediakan makanan yang sedap, pasti ada influencer yang akan datang untuk buat review makanan,” katanya.

Bagaimanapun, influencer tersebut meminta bayaran sebanyak RM1,800 sebagai upah untuk review makanan tersebut.

“Apabila ayah saya tanya mengapa kena bayar, katanya untuk dia ‘viralkan’ (tularkan) di TikTok. Selepas itu, ‘TikToker’ tersebut memberikan ‘diskaun’ dan menurunkan harga kepada RM1,500.

“Dia (influencer) tidak sepatutnya minta duit untuk buat ‘review’. Selalunya, pelanggan sedia ada yang datang akan viralkan (tularkan) sendiri,” katanya.

Menurut wanita itu, restoran bapanya sebelum ini pernah didatangi beberapa orang influencer tetapi mereka tidak pernah meminta sebarang bayaran untuk membuat kandungan di platform mereka sendiri.

“Saya sendiri tidak pasti berapa ‘followersinfluencer tersebut, tetapi memang tidak masuk akal jika dia tiba-tiba mendekati ayah saya dan menyuruhnya bayar RM1,800 untuk satu ‘review’.

“Lagipun, saya juga seorang ‘TikToker’. Saya tahu ‘followers’ saya tak ramai tetapi saya boleh buat review kedai makan ayah saya sendiri,” katanya.

@alinkiwi

#fyp #reviewkedaimakan cukup2 la org dh tua, cari rezeki. jgnla menyusahkan pakcik2 dgn benda2 minta duit cmni.

♬ original sound – Alinkiwi – Alinkiwi

Setakat ini, video yang tular itu sudah pun menerima sebanyak 665,300 views, 25,400 likes dan 1,139 komen. Rata-ratanya para pengguna meminta nama influencer tersebut namun tidak didedahkan untuk menjaga aib mereka.