TikTok Award telah pun berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan ramai peminat berpuas hati dengan para calon yang memenangi bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Namun, ada individu yang kelihatan tidak senang dengan seorang TikToker terkemuka berkenaan apabila sanggup menyunting video demi memburukkan imejnya.

Menerusi video yang tular di media sosial, satu babak pada malam anugerah itu di mana saat pengumuman untuk kategori Creator of The Year dan individu terbabit telah menyunting video berkenaan dengan memberikan satu bayangan seolah-olah Ryan Bakery begitu yakin bahawa dia akan menang.

Namun setelah nama Che Sayang diumumkan, individu tersebut mendakwa kononnya Ryan Bakery buat-buat terkejut sambil mentertawakannya ketika di dalam acara TikTok Award itu.

“Busuk hati betul sampai buat video macam ni. Sanggup tu edit penat-penat cuma sebab nak menjatuhkan orang lain. Ryan Bakery tu rasanya tak pernah kacau orang lain. Dia buat hal dia je. Itupun orang dengki macam ni sekali,” tulis ciapan seorang pengguna X.

Video tersebut tular dan ia membuatkan ramai netizen tidak selesa dang mengecam tindakan individu yang menyunting video tersebut kerana berniat jahat untuk menjatuhkan imej Ryan Bakery.

Sumber Gambar: X

Selain netizen, seorang influencer lain turut mempertahankan kredibiliti rakan baiknya dengan mendedahkan Ryan Bakery sama sekali tidak memerlukan sebarang anugerah buatnya kerana figura dirinya yang sudah cukup terkenal di kalangan rakyat Malaysia.

Malah, influencer tersebut merasakan sebahagian individu hanya mahu menjadi batu api bagi memberi tanggapan negatif kepada sesorang lain tanpa sebarang sebab munasabah.