Apa yang anda lakukan ketika berusia 14 tahun? Ketika remaja lain sibuk dengan menari di TikTok, seorang remaja berusia 14 tahun, Daniel Jackson berjaya menemui sebuah tanah tak dituntut dan menubuhkan negara sendiri.

Daniel menemui sebuah kawasan yang tidak dituntut di antara Croatia dan Serbia.

Daniel Jackson dan rakan rakannya memang suka belajar dan mengkaji tentang terra nullius atau tanah tak bertuan.

Daniel Jackson mula menubuhkan Verdis pada tahun 2019 ketika berusia 14 tahun.

Apa yang bermula sebagai eksperimen peribadi akhirnya berkembang menjadi projek serius dengan pentadbiran tersendiri, kewarganegaraan, dan ratusan penyokong dari seluruh dunia.

Bermula dari Roblox dan “Tanah Tak Bertuan”

Daniel Jackson akui idea menubuhkan negara sendiri itu bermula daripada permainan Roblox. Di mana dia suka membina empayar atau bangunan sendiri di dalam permainan Roblox.

Kemudian Daniel sangat berminat dengan perkara melibatkan tanah tak bertuan. Dia akhirnya bertemu dengan sebuah kawasan tidak bertuan terletak di tebing Sungai Danube.

Kawasan itu tidak bertuan kerana pertikaian panjang sempadan antara Croatia dan Serbia.

Croatia berpendapat sempadan sepatutnya mengikut aliran sungai, manakala Serbia menegaskan ia mengikut peta cadastral era silam.

Hasil daripada ketidaksetujuan itu, beberapa petak tanah kecil dibiarkan tanpa tuntutan rasmi. Dalam undang-undang antarabangsa, ia digelar terra nullius atau “tanah tidak bertuan”.

“Apabila saya menemui kawasan itu, saya rasa inilah peluang untuk membina sesuatu yang baharu – sebuah negara yang mesra alam dan neutral,” kata Daniel dalam wawancara dengan The Guardian.

Dari Impian ke realiti

Pada 30 Mei 2019, Daniel secara rasmi mengisytiharkan penubuhan Free Republic of Verdis. Negara tersebut malah memiliki laman web rasmi kerajaan mereka sendiri.

versi

Secara tidak langsung Verdis menjadi negara baharu di Eropah.

Daniel Jackson mereka bentuk bendera berwarna biru muda dan putih, menggubal perlembagaan, serta menubuhkan kabinet kecil.

Bermula Dari Roblox, Remaja Ini Tubuhkan Negara Baharu Dengan 400 Orang Lulus Jadi Warganegara

Verdis turut memperkenalkan sistem kewarganegaraan. Sehingga kini, lebih 15,000 orang telah memohon menjadi warganegara, namun hanya 400 individu diluluskan sebagai “warganegara rasmi”.

Micronation itu menggunakan Euro sebagai mata wang dan menekankan dasar neutraliti, kemanusiaan serta kelestarian alam sekitar.

“Kami bukan mahu berperang atau menimbulkan masalah. Kami mahu menunjukkan bahawa tanah boleh digunakan untuk sesuatu yang positif,” kata Daniel.

Daniel masih berusaha untuk memastikan Verdis bakal diterima sebagai sebahagian kesatuan Eropah. Kerana buat masa ini tidak ada negara berdaulat dari Eropah atau luar eropah yang mengiktiraf Verdis.

Penahanan di Croatia

Namun, projek berani itu tidak disenangi semua pihak. Pada tahun 2023, Daniel ditahan polis Croatia ketika cuba memasuki kawasan yang diisytiharkan sebagai Verdis.

Beliau ditahan sementara, sebelum diusir keluar dan dikenakan larangan memasuki Croatia seumur hidup.

Sejak itu, pentadbiran Verdis beroperasi sebagai “government in exile”, dengan Daniel menjalankan aktiviti dari luar negara.

Serbia pula tidak mengambil tindakan terhadap beliau, walaupun tidak mengiktiraf kewujudan Verdis secara rasmi.

Micronation lain di lokasi yang sama

Fenomena seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di kawasan tersebut. Pada tahun 2015, seorang aktivis Czech, Vit Jedlička, menubuhkan micronation bernama Liberland di kawasan berdekatan.

Walaupun berkongsi lokasi “tanah tak bertuan”, kedua-dua micronation mempunyai ideologi berbeza. Liberland dikenali dengan pendekatan libertarian dan penggunaan mata wang kripto, manakala Verdis menekankan aspek kemanusiaan dan ekologi.

Menurut pakar undang-undang antarabangsa, mana-mana tuntutan individu terhadap kawasan pertikaian tidak mempunyai kesan sah kerana status tanah tersebut masih bergantung pada rundingan antara dua negara berdaulat.

Harapan seorang “Presiden”

Kini berusia 20 tahun, Daniel masih mengekalkan gelaran sebagai Presiden Verdis. Beliau berhasrat untuk memperkenalkan Verdis ke pentas dunia, malah pernah menyuarakan keinginan untuk menyertai pertandingan muzik Eurovision.

“Ini bukan sekadar projek remaja. Kami sudah ada komuniti, ada rakyat, dan ada visi. Walaupun belum diiktiraf, Verdis tetap wujud,” katanya.

Bermula Dari Roblox, Remaja Ini Tubuhkan Negara Baharu Dengan 400 Orang Lulus Jadi Warganegara

Keunikan fenomena micronation

Micronation seperti Verdis sering kali ditubuhkan sebagai bentuk protes, eksperimen politik, atau sekadar ekspresi peribadi. Kebanyakannya tidak diiktiraf oleh komuniti antarabangsa, namun tetap menarik perhatian kerana sifatnya yang unik dan luar biasa.

Dalam kes Verdis, projek seorang remaja kini menjadi contoh bagaimana imaginasi kecil mampu menghasilkan sebuah entiti politik yang mendapat liputan global.