Memiliki Lamborghini pastinya merupakan impian buat hampir semua lelaki namun harganya yang terlalu tinggi antara yang membuatkan orang ramai berhenti berimpian untuk memilikinya.
Walau bagaimanapun, berbeza dengan dua beranak ini yang cuba merealisasikan impian mereka dengan membina Lamborghini Aventador mereka sendiri melalui projek DIY.
Semuanya bermula apabila Xander selaku si anak kepada Sterling Backus berimpian untuk memiliki Lamborghini Aventador. Tidak mahu menghampakan impian anaknya, Sterling Backus yang memiliki garaj dengan mesin cetak 3D memilih untuk memulakan projek pembinaan Lamborghini Aventador.
Difahamkan projek ini telah mengambil masa dua beranak ini selama setahun setengah bagi memastikan model yang dibangunkan dapat bergerak dengan lancar. Menariknya, Sterling Backus memilih untuk membangunkan bahagian luaran ‘Aventador’ mereka menggunakan material yang dicetak melalui mesin cetak 3D.
https://www.youtube.com/watch?v=x6TIV_l2IlI
Belum sempat siap dibina, kerja mereka nampaknya berjaya dihidu lebih awal oleh Lamborghini melibatkan usaha keras mereka dalam membangunkan kereta impian bernilai $20,000 (RM81,374.00). Kos yang masih rendah berbanding sebuah Lamborghini Aventador sebenar yang bernilai $639,670 (RM2.6 juta).
Mengetahui dua beranak ini telah berhempas pulas dalam menghasilkan sebuah Lamborghini Aventador, pihak Lamborghini telah bersetuju untuk meminjam model Lamborghini Aventador sebenar kepada dua beranak ini selama beberapa minggu.
Reaksi anaknya sememangnya tidak dapat digambarkan apabila si bapa berjaya berpakat bersama pihak Lamborghini dalam membuat kejutan kepada anaknya pada pagi Hari Natal. Anda boleh tonton video di bawah untuk melihat perjalanan Sterling Backus dan Xander Backus dalam membangunkan sebuah Lamborghini Aventador versi tersendiri.
Lamborghini baru-baru ini telah memperlihatkan dengan model V12 Vision GT yang tampil dengan rekaan persisi kereta batman. Turut dikongsikan, enam Lamborghini Huracan telah disita Jabatan Kastam Malaysia.
Seakan Kereta Batman, Lamborghini Lancarkan Model Terbaru V12 Vision GT
Enam Kereta Lamborghini Huracan Disita Jabatan Kastam Malaysia