Sudah menjadi kebiasaan untuk orang ramai pada ketika ini untuk memesan makanan menerusi aplikasi untuk memudahkan urusan serta menjimatkan masa.
Penawaran servis ini secara tidak langsung membuka peluang untuk segelintir peniaga untuk berniaga secara homebased dalam menerima tempahan serta menawarkan hidangan yang enak buat para pelanggan.
Baca Juga:
- Wanita Ini Kesal ‘TikToker’ Perdaya Bapanya Dengan Minta RM1,800 Untuk Review Makanan
- ‘Ada Orang Tu Nak Datang’ – Puteri Sarah Beri ‘Hint’ Bakal Sambut Tetamu Istimewa Sempena Aidiladha
Menerusi perkongsian yang turut tular dalam Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, dapat dilihat sebuah rumah flat di tingkat 15 dipercayai di Taman Danau Kota dipenuhi oleh rider makanan yang menantikan pesanan makanan pelanggan di luar rumah.
Difahamkan rumah ini merupakan tempat hidangan Ayam Kipuk Viral disediakan. Menggabungkan nama kicap dan gepuk, hidangan berjaya menambat hati pelanggan sekaligus membuatkan rider makanan berkumpul di rumah ini dalam menantikan pesanan.
Berdasarkan carian di Grabfood, Ayam Kipuk Viral ini menawarkan seleksi hidangan makanan yang terdiri daripada Ayam Gepuk, Ayam Kicap serta beberapa seleksi hidangan yang lain.
Menerima jumlah review yang tinggi di Grabfood dan Foodpanda secara tidak langsung membuktikan hidangan ini menepati citarasa orang ramai sekaligus menerima jumlah tempahan yang tinggi.
Menerusi perkongsian pemilik pada Facebook Mawaddah Binti Abu Bakar, beliau mendaftarkan diri sebagai homechef. Beliau memilih untuk menawarkan hidangan yang dengan yang lebih rendah dalam membolehkan orang ramai merasainya.
Selain itu, beliau memaklumkan sedia meneruskan perniagaan dalam usaha untuk menyara keluarga beliau termasuk ahli keluarga yang berstatus OKU.
Perkongsian yang dibuat berjaya mendapat sokongan orang ramai yang menyokong usaha beliau dalam meningkatkan ekonomi keluarga. Tidak kurang juga yang mengecam dengan mengaitkannya dengan faktor persekitaran dan sebagainya.