Semalam kecoh di media sosial apabila tular video yang memperlihatkan seorang individu kantoi mengintip wanita di sebuah pasaraya.

Kejadian tersebut dipercayai terjadi di tandas awam di sebuah pusat beli-belah yang terletak di Johor. Dalam video tersebut, lelaki yang didakwa suami orang itu berpakaian seperti wanita dengan mengenakan tudung sarung dan kasut perempuan bagi mengelakkan identitinya diketahui orang lain.

Baca Juga:

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1716013477096251566?s=46&t=He3ChCqRX5E25g8hKPKVRw

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit juga memakai inai berwarna merah di jari kaki yang didakwa telah dibuat oleh isterinya.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai mengintai seorang wanita di tandas sebuah pasar raya di Taman Bukit Dahlia di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi, sebelum lelaki berusia 23 tahun itu diserahkan oleh orang awam kepada pihak polis.

“Hasil semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata permohonan reman atas suspek juga akan dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Johor Bahru hari ini, untuk siasatan lanjut.

Orang ramai pula diingatkan agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang negara serta sebarang maklumat kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut

Sumber