Sejak akhir-akhir ini, sudah menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia yang memilih untuk melancong di Thailand berbanding di negara sendiri.

Didakwa lebih menyeronokkan serta lebih jimat berbanding melancong di negara sendiri antara yang dikatakan punca Thailand menjadi pilihan pelancong.

Terbaharu, menerusi perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok @insuransthailandnz, difahamkan para pelancong terpaksa beratur sehingga 4 jam untuk melepasi pintu sempadan Wang Kelian untuk masuk ke Thailand.

@insuransthailandnz

♬ الصوت الأصلي – لعشاق أفالون 2020📸

@ejazakaria

TAK RELAKS GENG CUTI SEKOLAH KALI NI. SETIAP HARI BORDER KENA SERBU. TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG BOOKING PAKEJ DENGAN KAMI. SELAMAT BERCUTI 😊 #pakejpercutian #ejadservices #pakejpercutianjimatdanmurah #borderwangkelian #cutisekolah #december2023

♬ เสียงต้นฉบับ – @วัยรุ่นคอสตาริก้า – @วัยรุ่นคอสตาริก้า

Meskipun jarak beratur hanya sekitar 400 meter, para pelancong difahamkan perlu beratur panjang bagi memastikan para pelancong di barisan hadapan melengkapkan dokumen terlebih dahulu berikutan ruang parkir yang terhad.

Sumber: TikTok @insuransthailandnz
Sumber: TikTok @insuransthailandnz

Menerusi laporan pada 20 Disember lalu, dilaporkan lebih 80,000 pengunjung Malaysia sudah masuk ke Thailand sejak seminggu lalu.

Melihat kepada kesesakan jalan raya di pintu sempadan, tidak mustahil angka kemasukan ke Thailand akan terus meningkat.