Seorang warganet telah menyatakan bahawa penggunaan respon ‘noted’ di WhatsApp adalah pantang sama sekali dalam perhubungan dengan klien.

Dia menunjukkan tangkap layar perbualannya dengan orang Malaysia di WhatsApp:

Baca Juga:

Bertahun Duduk Australia, Lelaki Pantang Orang Respon 'Noted' Dalam Perhubungan Dengan Klien
Bertahun Duduk Australia, Lelaki Pantang Orang Respon 'Noted' Dalam Perhubungan Dengan Klien

Setelah tinggal di Australia beberapa tahun, dia hampir tak pernah jumpa orang di sana pakai perkataan ‘noted’ sahaja sebagai tanda mereka sudah ambil maklum sesuatu perkara.

Lelaki tersebut berkata: “Walaupun beberapa tahun di Australia, saya hampir tak pernah jumpa orang guna perkataan “noted” saja sebagai tanda ambil maklum sesuatu maklumat.

Bertahun Duduk Australia, Lelaki Pantang Orang Respon 'Noted' Dalam Perhubungan Dengan Klien

“Ini mungkin akibat sindrom auto-suggest dalam Gmail. Bagi saya, penggunaan “noted” ni pantang sekali dalam perhubungan dengan client sebab pendek, penggunaan pasar dan kasar bunyinya.”

Kemudian dia memberikan 50 cadangan lain untuk menggantikan ‘noted’.

“Selepas bertanya Gemini AI, ini 50 cadangan yang lebih organik dan lunak berbanding “ok noted,” tegas beliau.

Bertahun Duduk Australia, Lelaki Pantang Orang Respon 'Noted' Dalam Perhubungan Dengan Klien

Bertahun Duduk Australia, Lelaki Pantang Orang Respon 'Noted' Dalam Perhubungan Dengan Klien

Di ruangan komen netizen berbelah bagi dengan kenyataan lelaki tersebut.

Ada yang mengambil maklum tentang nasihat itu dan menyatakan ia akan memberikan perbezaan selepas ini dalam komunikasi seharian.

Namun ramai juga yang tidak setuju. Salah seorang menyatakan bahawa: “Itulah dinamika bahasa. Sifatnya boleh berubah ikut lokaliti.”

Bertahun Duduk Australia, Lelaki Pantang Orang Respon 'Noted' Dalam Perhubungan Dengan Klien

Yang lain memberikan komen: “Tiada masalah asalkan ia difahami dan diterima pakai. Banyak lagi sebenarnya contoh dalam Bahasa Melayu banyak itulah yang dinamakan perluasan makna.”

Netizen yang ketiga berkata: “Benda sebenarnya tak ada isu pun guna noted. Sounds formal, precise and short.

“Tak perlu nak guna preference dari Australia. Kita Malaysian.”

Ada juga yang mahu tahu sama ada penggunaan respon ‘noted’ sahaja itu dikira biadap? Rata rata netizen yang lain menyatakan tiada masalah dengannya.

Bertahun Duduk Australia, Lelaki Pantang Orang Respon 'Noted' Dalam Perhubungan Dengan Klien

Ada juga yang menyatakan bahawa mereka agak kecewa kerana lelaki tersebut ternyata bergantung kepada jawapan AI.