Sudah menjadi satu kebiasaan bagi pengguna WhatsApp untuk menghantar gambar dalam resolusi HD perlu dibuat menerusi dalam bentuk dokumen. Bagaimanapun perkara ini sudah berubah kerana WhatsApp kini menyediakan ciri butang HD.

Ciri butang HD bakal membenarkan para pengguna untuk menghantar gambar dalam beresolusi tinggi secara terus kepada pengguna lain. Menerusi perubahan ini, pengguna dengan mudah boleh melakukannya dengan memilih penghantaran gambar, dan tekan pada label HD ketika menghantar.

Baca Juga:

Sumber Gambar: WhatsApp

Ini sekaligus memudahkan lagi proses menghantar gambar kepada pengguna lain pada kadar resolusi tinggi. Pengguna juga akan dimaklumkan dengan kadar resolusi yang akan dihantar ketika memilih pilihan HD ini.

Menariknya, ciri ini bakal tersedia pada mesej secara automatik apabila anda ingin menghantar gambar. Tetapi hanya gambar yang diambil oleh kamera peranti sahaja yang menyokong ciri HD berkenaan.

Ciri baharu ini telah mula diperkenalkan kepada semua pengguna di iOS dan Android. Pastikan juga anda sudah mengemas kini versi terkini WhatsApp pada peranti supaya boleh menggunakan ciri baharu ini.

Sumber