Dalam era teknologi yang semakin canggih kini dengan mudah anda boleh berhubung dengan keluarga dan sahabat handai yang berjauhan dengan anda. Kini WhatsApp pula memperkenalkan ciri terbaharu yang membenarkan pengguna untuk membuat panggilan video dan suara secara berkumpulan.

Pengumuman ciri terbaharu ini telah diumumkan di persidangan F8 pada bulan Mei yang lepas tetapi pengenalan ciri ini dilakukan secara berperingkat mengikut negara. Di Malaysia, ciri ini baharu sahaja boleh diakses oleh pengguna pada minggu ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti biasa, pengguna haruslah mengemaskini WhatsApp di PlayStore untuk pengguna Android dan AppStore untuk pengguna iOS. Panggilan video boleh disertai sehingga 4 orang kenalan anda.