Indahnya alam perkahwinan jika dapat bersama melengkapi kekurangan dan menuju ke arah kebaikan. Kita boleh ambil contoh Noh Hujan dan Mizz Nina yang sama-sama memperbaiki diri mereka ke arah redha Ilahi.
Terbaharu seorang pengguna Twitter @ninietang143 telah berkongsi mengenai perkenalannya dengan suami di sebuah kelab malam yang akhirnya berubah menjadi penghijrahan ke kelas pengajian al Quran tular dan mendapat reaksi positif pengguna Twitter yang lain.
Dalam perkongsian tersebut, Ninie turut menceritakan setelah berkahwin mereka ada mengunjungi kelab malam tersebut sebanyak dua kali, tetapi mula sedar untuk berubah dan tidak terus hanyut. Mereka melangsungkan perkahwinan pada Februari lalu.
Those who retweeted this.
Thank you so much. Ninie memang tak expect akan blow up.
Paling penting.
Tolonglah ambil yang postive. Ninie takda niat nak tunjuk baik.
Jangan nak pergi trec cari jodoh pulak. Kang sampai umur 40-50 tak jumpa lagi, jangan salahkan ninie 😆 https://t.co/1CO2ei0XzM— MHAT (@ninietang143) September 1, 2019
Setelah berkahwin, Ninie kemudian meminta suaminya mencari kelas bacaan al Quran dan turut mengajak suaminya untuk bersama-sama mengikuti kelas tersebut yang bertempat di Al-Baghdadi, Puchong pada setiap minggu.
Rata-rata pengguna Twitter turut memberi komen positif dan berkongsi rasa gembira atas penghijrahan tersebut. Antara komen yang diberikan pengguna Twitter adalah berharap penghijrahan mereka akan berterusan dan hubungan mereka akan berkekalan.
We stan people who wants to change for the better!! All the best you two, praying for bountiful blessings for the both of you 💕
— Sincerely, (@jrrkng) August 30, 2019
https://twitter.com/cemipah/status/1167273713969979393
https://twitter.com/YanArrian/status/1167310237436530689
Kisah Ninie dan pasangannya pasti memberikan inspirasi buat anda. Ini menunjukkan manusia boleh berubah jika ada kemahuan.
Anda memiliki kisah yang seakan sama? Bolehlah kongsikan bersama kami. Baca lagi artikel yang mungkin dapat memberikan inspirasi buat anda di bawah.
14 Tahun Menetap Di Negara Luar, Pasangan Ini Tubuhkan Akademi Quran NZ
Gadis Ini Kongsi Pengalaman Dihalang ‘Boarding’ Ke Perth, Australia Di KLIA2
Hampir Ranap Pintu Butik, Uniqlo Malaysia Kecoh Lagi Kerana KAWS