Tindakan cuba melarikan diri selepas pertengkaran dengan isteri menyebabkan seorang pemandu Civic bertindak luar batasan apabila bertindak melanggar sebuah motosikal dengan sengaja.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 18 saat yang tular di media sosial pada Khamis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal jenis Yamaha Ego, seterusnya bertindak melarikan diri dari tempat kejadian.

Kata beliau, hasil siasatan dijalankan mendapati kejadian itu berlaku pada Rabu jam 3.30 petang di Jalan Tun Teja 3, Taman Tun Teja, dekat sini.

“Kejadian berlaku semasa pemandu kereta hendak melarikan diri daripada isterinya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

“Mangsa yang pada masa itu berada di tempat kejadian cuba menghalang pemandu kereta, namun dia telah dirempuh,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis,” katanya lagi.

Noor Ariffin berkata, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian siku, tangan serta kaki.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pengawai penyiasat, Asisten Superintenden Agilan Iswaran di talian  019-5230801 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222.

Sumber