Pada hujung minggu ini berlangsungnya acara Desaru Bike Week yang mengumpulkan peminat-peminat motosikal besar dari seluruh negara.

Bagaimanapun acara tersebut dicemari dengan insiden pergaduhan di kalangan peserta yang hadir pada hari Sabtu, semalam.

Baca Juga:

Menerusi beberapa klip video yang sedang berlegar-legar di medai sosial pada ketika ini, insiden pergaduhan berlaku pada waktu pagi di mana ada beberapa individu saling provokasi antara satu sama lain.

Bagaimanapun insiden itu tidak berakhir di situ, pada waktu malam, peserta mula bergaduh dengan saling membaling kerusi, pasir, serta bertumbuk sesama mereka.

Difahamkan ada peserta yang cedera dan ambulans bergegas ke tapak acara untuk memberikan rawatan lanjut.

Insiden itu dipercayai melibatkan peserta daripada kumpulan Hells Angels Indonesia dan kumpulan tempatan.

Setakat artikel ini ditulis tiada kenyataan media yang dikongsikan daripada pihak berkuasa, pihak penganjur program, apatah lagi kumpulan yang terlibat dalam pergaduhan semalam.