Ahli arekologi berjaya menemui sebuah rumah di Gua Wonderwerk di Gurun Kalahari yang terletak di Afrika Selatan. Rumah yang menjadi kediaman masyarakat terdahulu dipercayai dibina pada dua juta tahun yang lalu. Kini, ia dianggap sebagai rumah tertua dalam sejarah peradaban manusia.
Di dalam satu artikel ilmiah yang ditulis di dalam Quanternary Science Review, sebuah pasukan dari University of Toronto, Kanda dan Hebrew University di Jerusalem telah menentukan umur rumah terbabit dengan menguji bahan yang terdapat di gua terbabit. Bagi penulis, Profesor Ron Shaar, kerja menentukan umur rumah kediaman di gua ini adalah karya arkeologi yang paling mencabar.
Bagi menentukan umur atau usia rumah kediaman yang terletak di Afrika Selatan ini, Shaar dan pasukannya telah menganalisis lapisan sedimen setebal 2.5 meter yang mengandungi alat batu, sisa-sisa haiwan dan jejak unggun api menggunakan dua kaedah: paleomagnetisme dan penguburan.
Shaar dan pasukannya telah mengutip ribuan sampel sedimen dari dinding gua bagi mengukur isyarat magnetik. “Analisis makmal kami menunjukkan beberapa sampel dimagnetkan ke selatan, bukan ke utara, yang merupakan arah medan magnet semasa,” kata Shaar.
Manakala Profesor Ari Matmon pula telah menggunakan kaedah lain bagi mengetahui bilakah manusia pertama kali masuk dan tinggal di dalam gua ini. Analisis yang dikeluarkan oleh pasukannya menunjukkan sebilangan sedimen sudah mempunyai usia sekitar dua juta tahun.
Kesimpulan ini sama dengan hasil penyelidikan yang dilakukan oleh Profesor Michael Chazan dan pasukannya pada tahun 2008 menggunakan kaedah penanggalan kosmogenik. Di mana mereka juga mengesahkan bahawa manusia sudah tinggal di Wonderwerk sejak dua juta tahun yang lalu.
“Ini adalah langkah penting dalam memahami tempo evolusi manusia di seluruh benua Afrika. Skala waktu telah disahkan dan kita dapat mempelajari hubungan antara manusia dan perubahan iklim, serta mempelajari kehidupan nenek moyang kuno kita,” kata Chazan dan ahli pasukannya yang lain.
Di gua terbabit, para ilmuwan turut menemuiĀ alat tangan kuno yang dihasilkan daripada batu seperti kapak. Mereka juga menemui bukti manusia yang tinggal di gua terbabit menggunakan api kira-kira sejuta tahun yang lalu.
Untuk rekod, tapak bersejarah di dalam Wonderwerk Cave ditemui oleh beberapa petani pada tahun 1940-an. Sejak itu penggalian telah dilakukan untuk “mengungkap misteri keberadaan manusia di dalam gua yang berumur dua juta tahun yang lalu”.
Kitab Codex Gigas, naskhah kuno penuh misteri yang ditulis oleh iblis pada abad ke-13. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Kitab Codex Gigas, Naskhah Kuno Penuh Misteri Yang Ditulis Oleh Iblis Pada Abad Ke-13
Detak Jantung Bumi, Bunyi Misteri Yang Datang Setiap 26 Saat
Sejarah Pizza Hut, Bermula Daripada Pinjam Duit Ibu Sampai Jadi Jenama Besar