Baru-baru ini seorang TikToker Korea yang menetap di Malaysia, Tara Choi mengakui dakwaan durian Thailand tidak sesedap durian Malaysia.

Menerusi perkongsian video TikTok @tara_choi_, dia telah membeli dua ulas durian Monthong untuk mencuba rasa sendiri semasa berada di Thailand.

Baca Juga:

Tara mula berasa sesuatu tidak kena apabila melihat cara peniaga membelah buah durian itu, tidak sama seperti dilihatnya di Malaysia.

@tara_choi_

Cuba makan durian di Thailand 😃👑 #durianthailand #durianmalaysia #durian #bangkok #thailand #koreaninmalaysia #orangkorea #bahasakorea #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fypシ #longervideos #tarachoi

♬ original sound – Tara🇰🇷🇲🇾 – Tara🇰🇷🇲🇾

“Nampak lebih lemah, lebih kering?” itu reaksi awal semasa Tara memegang isi durian Thailand itu di dalam bilik hotel.

Selepas mengigit buat kali pertama, sekali lagi dia menyatakan isi durian Monthong ‘sangat lemah’ kerana warna, bau dan rasanya kurang menarik berbanding durian-durian yang ada di Malaysia.

Tara akui kini dia sudah faham kenapa orang menyatakan durian dari negara itu tidak sedap.

Menerusi komen-komen dikongsi pengguna TikTok, antara sebab isi durian Thailand jadi sebegitu kerana buahnya dipetik, bukanlah tunggu gugur seperti kebiasaan dibuat di Malaysia.

'Besar Tapi So Lemah' – TikToker Korea Akui Durian Malaysia Lebih Berkualiti Daripada Thailand
Sumber Gambar: TikTok @tara_choi_
Sumber Gambar: TikTok @tara_choi_
Sumber Gambar: TikTok @tara_choi_
Sumber Gambar: TikTok @tara_choi_

Tambah warganet lagi, durian Monthong memang perlu dipetik dan kerana buah tersebut akan rosak sekiranya gugur jatuh ke tanah.

Difahamkan kulitnya durian menjadi lembik, manakala isinya pula hancur seperti buah durian lama.

Dalam pada itu, Tara turut bersetuju dengan komen netizen mengenai kesedapan buah mangga Thailand.

“Betul, buah mangga dan beberapa buah yang lain sangat sedap di sini (Thailand),” kata Tara.