Perdana Menteri kerajaan sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah merasmikan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang sejauh 20.1 kilometer dapat menjimatkan tempoh perjalanan kepada 30 minit semasa waktu puncak dari Persimpangan Puncak Perdana ke Persimpangan Penchala berbanding dengan laluan sedia ada yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit.
Hasil tinjauan di media sosial mendapati netizen yang menjadi pengguna awal DASH berasa sangat gembira kerana ternyata lebuh raya tersebut sangat memudahkan perjalanan mereka.
Baca Juga:
- Perdana Menteri Umum Kadar Tol Di Enam Lebuh Raya Utama Akan Dikurangkan
- Tol Percuma Sebulan, Lebuh Raya SUKE Dibuka Kepada Pengguna Tengah Hari Ini
“Selamat pagi, hari ini saya menggunkan DASH Highway, tiada siapa dapat menjelaskan kegembiraan yang dirasai bagi mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar, dengan purata jam berulang-alik 1.45 hingga 2 jam pada waktu puncak sebelum ini.
“Sekaligus dapat luangkan lebih masa untuk keluarga dan diri sendiri,” kata salah seorang pengguna Twitter.
https://twitter.com/teppanyaqi/status/1580710705690705920?s=46&t=_5O4diYnI64YpymHy0YYIg
Baru test highway @myDASHofficial dari subang perdana ke pj. Lalu dash exit LDP area One utama 10 minit je 👍
— Apiz ✌ (@HulkFeez) October 14, 2022
Highway DASH saves me 30 minutes! 😍 Tapi sementara free ni okay lagi. X tau la kalau dah start bayar tol macam mana.
— MaryamSani (@KamilahMaryam) October 14, 2022
Try highway dash pagi ni. Siap ada pakej pelangi lagi..👍#dashhighway pic.twitter.com/7P9xAarn7F
— Azrio_SMM (@namohdra) October 14, 2022
Highway baru yg keberapa entah di Lemboh Keley #DASHdibuka #DASH pic.twitter.com/tfaJgAQygX
— Faizzuddin Razalan (@Faizdean27) October 13, 2022
https://twitter.com/fr_faizz/status/1580604438653571074?s=46&t=_5O4diYnI64YpymHy0YYIg
Dalam pada itu, semasa perasmian itu juga Perdana Menteri turut mengumumkan pengurangan tambang tol di 6 lebuh raya utama sekitar Lembah Klang sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Anda boleh ketahui plaza tol terpilih melalui pautan ini.