Tidak tidur lena gadis-gadis yang menonton perlawanan bola sepak Thailand VS Malaysia semalam. Ni semua gara-gara kelibat pemain No 7 Thailand yang mencuri tumpuan dengan rupa seakan-akan aktor Hollywood.

Jangan risau, kini anda tidak perlu lagi bersusah payah Google untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jejaka bernama Charyl Chappuis ni sebabnya di The Vocket, kami dengan rela hati membongkarkan rahsia latar belakang pemain ni khas buat anda wahai gadis-gadis sekalian.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

1. Charyl Chappuis Berdarah Kacukan

Nah, Semua Rahsia Pemain Kacak No 7 Thailand Charyl Chappuis Dibongkar

Sebagai permulaan, Charyl ni sebenarnya lahir di Kloten, Switzerland. Bapanya merupakan warga asal Switzerland manakala ibunya adalah rakyat Thailand. Sebab tu lah rupa Charyl ni ada iras-iras Mat Salleh.

2. Pernah Mewakili Switzerland di Piala Dunia FIFA

Nah, Semua Rahsia Pemain Kacak No 7 Thailand Charyl Chappuis Dibongkar

Ya, Charyl pernah menyarung jersi Switzerland dalam kempen Piala Dunia FIFA bawah 17 tahun dan yang menariknya pasukan Switzerland muncul juara dalam kejohanan tersebut!

 

3. Merupakan Hotstuff di Laman Sosial

Untuk mengukur berapa HOT nya pemain Thailand ni, kami hidangkan buat anda Fanpage Facebook dan Instagram Charyl yang mana mempunyai pengikut menghampiri 300,000 secara keseluruhannya. *mungkin bertambah selepas perlawanan semalam*

Fanpage Facebook:

Nah, Semua Rahsia Pemain Kacak No 7 Thailand Charyl Chappuis Dibongkar

Instagram:

Nah, Semua Rahsia Pemain Kacak No 7 Thailand Charyl Chappuis Dibongkar

 

4. Karier Bola Sepak Yang Sukses

Nah, Semua Rahsia Pemain Kacak No 7 Thailand Charyl Chappuis Dibongkar

Bermain secara professional dengan sebuah kelab di Thailand, Buriram United, Charyl berjaya menjuarai pelbagai piala dan gelaran yang ada disana. Power main bola + muka hensem = complete.

 

5. Charyl Chappuis Seorang Homoseksual?

Nah, Semua Rahsia Pemain Kacak No 7 Thailand Charyl Chappuis Dibongkar

Kami yakin anda pun perasan ada banyak gambar pemain ini berpelukan dan berciuman dengan lelaki lain di sosial media. Adakah dia seorang GAY?

Rileks, sebenarnya lelaki itu adalah adik lelakinya sendiri. So gadis, anda masih mempunyai harapan lagi sebelum…

 

6. Hatinya Sudah Dimiliki

Nah, Semua Rahsia Pemain Kacak No 7 Thailand Charyl Chappuis Dibongkar

Kepada gadis-gadis Malaysia di luar sana, rasanya anda sudah boleh meneruskan kehidupan seperti biasa kerana Charyl sendiri mengakui hatinya sudah dimiliki oleh seorang gadis kulit putih.

 

p/s: pedih nak terima kenyataan Charyl menjaringkan gol buat Thailand ketika final pertama semalam. Kami yakin Harimau Malaya mampu mengalahkan Thailand di Bukit Jalil nanti sekaligus muncul juara tahun ini.

Ayuh sokong skuad Malaysia, dan jangan lupa LIKE Facebook The Vocket.

Source: Ohbulan!