Nota Editor: Catatan ini telah dikongsikan di Facebook Muhammad Farid Wajdi Bin Hanif. Kami kongsikan semula di sini dengna izin dari penulis. Semoga ia dapat membantu kita untuk sama-sama menangani gejala dan masalah sosial yang sedang berlaku pada masa kini dengan lebih bijak.

“Budak-budak sekolah rendah sekarang dah pandai bercinta, aku dulu masa sekolah risau tarik bendera tak sampai atas sebelum lagu habis.”

“Budak-budak sekarang menangis putus dengan pakwe, aku dulu menangis sebab terlepas tengok kartun pagi.”

“Budak-budak sekarang pergi dating kat shopping complex, aku dulu risau kasut sekolah tak kering kapur.”

Aku pun pernah sekolah rendah. Ramai gila kawan-kawan aku yang hantar surat cinta, pergi jumpa kat bawah pokok masa rehat, main jeling-jeling kalau makwe lalu depan kelas, telefon-telefon kat rumah, dan entah apa lagi yang diorang buat.

Malah aku pun pernah je buat benda benda ni.

Masa sekolah rendah kita dulu-dulu, memang ada benda yang budak-budak sekolah buat sekarang. Tak usah tipulah kau dulu kat sekolah risau pasal kartun lah, bendera lah, kasut sekolah lah, tudung lah.

Mesti dulu kita pernah ada makwe pakwe suka-suka. Mesti kita pernah at one point, tulis surat atau paling kurang dapat surat cinta daripada seseorang. Tapi kalau tak pernah dapat, nampak sangat kau huduh.

Dulu aku dan kawan-kawan pernah mengorat sorang budak perempuan, tapi hanya mampu jeling-jeling je lah. Bila dia pandang kami, kami cepat-cepat pandang tempat lain sebab takut.

Member aku ada yang bercinta dari sekolah rendah dulu, sampai la ni bercinta lagi.

Aku dulu pernah mental breakdown kejap sebab crush aku suka orang lain. Begitu jugak ada sorang member aku ni jadiĀ  gila kejap sebab awek yang dia tukar-tukar surat dulu, rupa-rupanya suka orang lain dalam masa yang sama.

Ni semua aku lalui masa sekolah rendah.

Dalam masa yang sama, aku tak nafikan jugaklah aku dulu risau bendera tak naik ke atas, kasut tak kering kapur, pernah menangis sebab terlepas tengok kartun, dan macam-macam lagilah. Memang aku tak nafikan.

Tapi takda pulak aku nak hipokrit yang aku hanya buat benda-benda ni sahaja. Bila budak-budak sekarang ni pandai update in relationships lah, cari aweklah, clash dengan pakwe lah.

Aku tak tergerak hati langsung nak bandingkan diri aku dengan diorang, sebab aku tak tipu diri sendiri bahawa aku pernah buat apa yang diorang buat.

budak-sekolah-3

Cuma, cuma….

Bezanya kita dengan diorang adalah, diorang paparkan benda-benda ni secara umum.

Dulu masa sekolah rendah, kita suka kat seseorang, yang tahu nya member-member rapat kita je. Paling bengong pun, satu kelas tahu kita suka kat seseorang tu.

Dulu masa sekolah rendah, kita nak luahkan perasaan, bukan secara umum. Tulis surat pakai buku tulis garisan satu, tak pun koyak tengah buku matematik, lepas tu lantik seorang utusan iaitu member kita sendiri untuk hantarkan pada awek kita.

Dulu masa sekolah rendah, kalau putus cinta dengan awek, nak luahkan dalam tandas je lah. Mandi lama-lama dalam bilik air sambil menangis mengenang hati yang terluka. Selalunya menangis time mandi ni lagi best sebab air mandi tu menutup tangisan kita.

Lain dengan budak zaman sekarang, nak luah kat public. Nak putus kat public. Nak mesej semua kat public. Sebab zaman diorang ni dah memang public.

Tapi walaupun begitu, kita yang masa sekolah rendah, dengan budak sekolah rendah zaman sekarang, sama je. Diorang pernah bercinta, kita pun pernah.

Diorang pun takut jugak bendera tak sampai atas sebelum lagu Negaraku habis. Diorang pun takut kasut tak habis kering. Diorang pun pernah menangis sebab terlepas kartun.

Diorang lalui benda yang sama apa yang kita lalui dulu. Kita pun lalui benda yang sama apa yang diorang lalui sekarang.

Tapi….

Bezanya hanya satu, diorang public kan benda yang diorang buat. Semua diorang buat secara public. Beza sikit dengan kita dulu, lagi-lagi dulu kita tak didedahkan sangat dengan media sosial.

Jadi, tak usahlah menipu kita tak buat benda-benda cintan cintun ni ya.

Dan aku jamin, kalau kita hidup zaman ini sebagai budak sekolah rendah, kita pun akan buat perkara yang sama dengan diorang.

Apa yang kita perlu lakukan adalah, bantu mereka. Bukan bandingkan, lepas tu hina.

Lepas hina, tak buat apa-apa. Maka terpalitlah tahi yang kita bagi kat diorang tanpa kita mencucinya kembali.

Diorang perlukan kita, dan yang kita tahu hanyalah menghukum.

BACA: 26 Perkara Teknologi Yang Hanya Budak-Budak 80-an Dan 90-an Fahami

BACA juga: Pandangan Ini Bakal Merubah Pemikiran Ibu Bapa Yang Merasakan Anak Mereka Lembab

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram