Sebelum ini, Zarina Anjoulie memaklumkan bahawa dia sudah kembali bercinta dengan ahli perniagaan Datuk Khazrul Elzey selepas berpisah seketika.
Terbaharu, Zarina memberi bayangan bahawa dia bakal menjadi isteri kepada ahli perniagaan tersebut apabila memaklumkan dia enggan lagi bekerja sebaliknya mahu mengabdikan diri sebagai seorang isteri.
Baca Juga:
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
@zarinaanjoulie_ i love u papa ❤️ @YH. Hj DS Elzey
Menerusi video dimuat naiknya memaparkan perbualannya bersama teman lelakinya dimana dia mengatakan sudah penat mengerah keringat mencari rezeki dan hanya mahu menjaga makan minum suami di rumah.
“Saya dah penat, saya mahu pencen, malas mahu kerja, biar awak sahaja yang tanggung saya.” ujar Zarina.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Zarina dan kekasih segera bernikah. Bukan itu sahaja, para netizen turut mengharapkan yang terbaik buat mereka berdua.