Tular kompilasi gambar dan video menunjukkan beberapa ekor kucing diletakkan di luar tingkap oleh tuannya.
Bukti kekejaman ke atas haiwan comel itu dirakam dan dikongsikan oleh pengguna Instagram @nurulainabdulhamid.
Baca Juga:
- Kucing Kena Cukur & ‘Conteng’ Corak Pada Bulu Bikin Netizen Terkejut
- ‘Founder’ Tudung Sambut Hari Jadi Kucing Di Louis Vuitton, Siap Dipakaikan Persalinan Swarovski
- Bakar Anak Kucing Hidup-Hidup, Remaja 13 Tahun Mengaku Bersalah
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di sebuah bangunan terletak di Melaka Raya, Melaka.
“Allahurabi sekarang ini kes penganiayaan haiwan semakin menjadi-jadi. Penganiayaan juga terjadi kepada haiwan yang mempunyai pemilik.
“Lokasi di Melaka Raya, kucing-kucing itu diletakkan di luar rumah dalam keadaan yang berbahaya kalau kucing terjatuh ke bawah, dengan keadaan yang panas di luar,” kata Nurul Ain.
menitik air mata aku tgk post ni. Kenapa korang ni manusia takde hati perasaan ke? Tahap mana kepuasan yang korang dapat bila buat macam ni? Manusia yang dera haiwan mmg cukup celaka hidup dia. Do something lah DVS,janganlah buat senyap je @DVSMalaysia pic.twitter.com/0Gsg5VlUlO
— bunga🤍 (@fzzzhr4_) July 17, 2024
Tindakan tidak bertanggungjawab itu mengundang rasa marah di kalangan netizen. Ramai mengecam pemilik kucing-kucing itu.
Menerusi kemas kini Nurul Ain, anggota bomba tampil memberikan bantuan dengan pantas, hanya 10 minit sahaja selepas beliau membuat panggilan.
Difahamkan perkara itu bukanlah benda baharu, bahkan sudah berlarutan sejak sekian lama. Bagaimanapun pemilik kucing itu tidak memberikan sebarang kerjasama.
“Alhamdullilah kucing sudah diselamatkan oleh pihak bomba dan juga sempat berkeras pada pihak pengawal keselamatan kerana dibiarkan hal ini terjadi berlarutan.
“Rupanya penganiayaan ini bukanlah baru terjadi, memang selalu dibuat oleh pemilik kucing dan pengawal keselamatan juga maklumkan mereka juga pernah menasihati tapi pemilik masih berdegil,” petik hantaran Instagram Nurul Ain.
Perkara itu turut sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa dan notis amaran telah diberikan kepada pemilik kucing terbabit.
Namun netizen berasa kurang senang dan bimbang kerana kucing-kucing yang diselamatkan itu telah diserahkan semula kepada pemiliknya.
Mereka bimbang pemilik akan meletakkan kucing-kucing tersebut semula di luar tingkap.
Difahamkan tindakan lebih lanjut atas penganiayaan haiwan tidak boleh dikenakan kerana pemilik kucing itu warga asing.
kita dah biasa dh dapat alasan bodoh mcm ni pic.twitter.com/hFUbVZ81om
— bunga🤍 (@fzzzhr4_) July 17, 2024