Sudah menjadi satu praktis biasa pula buat buruh asing mengahwini rakyat tempatan demi mendapatkan kerakyatan dan hak negara. Perkara ini kian melarat apabila mereka makin naik ‘kepala’ dengan masyarakat di sini.

Menerusi laporan terkini, buruh asing dilarang mengahwini rakyat tempatsn sepanjang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di negara ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Kegagalan mematuhi peraturan itu bakal menyebabkan permit pekerjaan mereka terbatal secara automatik dan diusir dari negara ini semata-merta seperti yang termaktub mengikut Akta Imegresen 1953/63 (Akta 154).

Keadaan itu menyebabkan rakyat tempatan, terutamanya wanita berisiko ditinggalkan pasangan masing-masing jika bertegas mahu berkahwin dengan pemegang PLKS kerana perbuatan itu melanggar undang-undang imigresen negara.

Untuk makluman, PLKS adalah permit kerja untuk warga asing yang berkerja secara sah di negara ini diberi kepada tujuh sektor bagi tempoh satu hingga 10 tahun yang ditetapkan kerajaan, selain ciri khas dipamerkan pada pasport individu terbabit.

Bagaimanapun, status perkahwinan pasangan Muslim berikut adalah sah, jika pernikahan memenuhi syarat sah nikah dan penceraian pula hanya boleh berlaku jika permohonan cerai dikemukakan ke Mahkamah Syariah.

Bagi pasangan bukan Islam pula, mereka turut berdepan risiko sama tetapi Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa membubarkan pendaftaran perkahwinan terbabit.

Dalam pada itu, pemegang PLKS yang mahu berkahwin dengan pasangan warga asing yang menetap atau berkerja di Malaysia pula perlu merujuknya kepada kedutaan masing-masing.

Justeru, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata pihaknya mahu mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkuasa agama negeri berhubung syarat perkahwinan rakyat tempatan dan warga asing, terutama pemegang PLKS.

Katanya, terdapat dakwaan berlaku ketidakseragaman, menyebabkan syarat dan peraturan ketat ditetapkan imigresen berhubung urusan perkahwinan rakyat tempatan dan warga asing terutama pemegang PLKS dibolosi.

Sesi libat urus ini bertujuan mewujudkan garis panduan dan prosedur operasi standard jelas bagi permohonan perkahwinan membabitkan pasangan warga asing dan rakyat tempatan.

Secara dasarnya, urusan perkahwinan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri dan imigresen hanya boleh menyatakan bantahan bagi sesuatu permohonan perkahwinan jika ia melanggar akta ditetapkan.

Imigresen juga tidak memiliki kuasa untuk membubarkan perkahwinan, termasuk bagi pasangan rakyat tempatan dan pemegang PLKS.

Jadi, apa yang boleh pihak Imegresen lakukan jika mendapati ada pelanggaran Akta Imegresen adalah dengan menamatkan permit diberi dengan serta-merta dan mengusir warga asing terbabit pulang ke negara asalnya.

Sumber