KLCC merupakan salah satu tempat tumpuan yang sering dikunjungi oleh warga tempatan dan juga pelancong pada saban tahun.
Namun keindahan di kawasan sekitar KLCC kini mula dicemari dengan warga asing yang membuka perniagaan secara terbuka di laluan penjalan kaki dengan sewenang-wenangnya.
Baca Juga:
- Warga Asing Masuk Malaysia Untuk Kahwin Dengan Warga Tempatan
- Nilai Jadi ‘Sarang’ Warga Asing Kerana Sewa Murah, Kata MB Negeri Sembilan
- DBKL Tutup Serta Merta Dan Kompaun 44 Premis Niaga Kendalian Warga Asing
Tular sebuah video di platform X yang mana memperlihatkan bagaimana warga asing menjual jagung bakar secara haram di laluan penjalan kaki dengan asapnya dibiarkan secara terbuka.
Tolong la tangkap dia orang ni. Depan KLCC buat jagung bakar .Dengan asap dengan sampah .DBKL kena buat rondaan setiap malam. Takkan nak kena tunggu orang komplen baru nak buat kerja @DrZalihaMustafa pic.twitter.com/34WjOoOADP
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) December 31, 2023
Lebih teruk lagi, sampah sarap yang berpunca daripada perniagaan berkenaan turut dibiarkan begitu sahaja selepas itu sekaligus mencemarkan kebersihan di sekitar kawasan itu serta tidak sedap untuk dilihat oleh warga tempatan malahan kepada pelancong juga.
Susulan itu, majoriti netizen meminta pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan penjual warga asing yang dikesan bermaharajalela di sekitar KLCC.
Hal ini bagi menjaga nama baik di mata dunia kerana KLCC sudah menjadi tempat tumpuan pelancong sehingga ke hari ini. Bahkan, ada yang memaklumkan perniagaan sedia beroperasi pada setiap hari tanpa menghiraukan keadaan sibuk di tengah ibu kota itu.
Selain di KLCC, sebahagian pengguna media sosial menyarankan kepada pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan tersebut di kawasan hotspot lain di sekitar Kuala Lumpur kerana dianggap mencemari pemandangan serta bimbang akan tahap keselamatan mereka.