Bila sebut berkaitan hartanah, lokasi strategik memainkan peranan penting kerana nilainya lebih tinggi walaupun saiz yang kecil.

Perkara ini terbukti selepas satu hantaran agen hartanah yang mengiklankan satu hartanah yang cukup strategik kerana lokasinya terletak betul di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, lokasi hartanah ini berada di belakang Kuala Lumpur City Centre sekaligus menjadikan ia sebagai tanah lumayan.

Tarikan lain yang terdapat di sekitarnya termasuklah berdekatan tempat berprestij seperti Pavillion KL, Starhill, The Intermark, Mandarin Oriental Hotel dan banyak lagi.

Sumber Gambar: FB
Sumber Gambar: FB
Sumber Gambar: FB

Menerusi gambar pula, terdapat kewujudan rumah agam yang dipenuhi pokok yang menghijau di sekelilingnya. Lokasi hartanah itu juga kelihatan agak terpencil namun disebabkan berada di kawasan panas membuatkan harganya melonjak naik.

Harga jualan pula RM4,500 sekaki persegi dan keseluruhan saiz hartanah hanya sekitar 0.356 ekar atau 15,057 kaki persegi namun penyenaraian harga jualan pula mencecah RM69,783,120.

Hantaran wanita menerusi Mont Kiara community itu ternyata menjadi bualan hangat di media sosial yang mana rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dengan harga hartanah tersebut walaupun saiznya tidak mencecah satu ekar.

Ada yang menggelarkan ia sebagai hutan mini kerana kawasan telah dipenuhi pokok liar mungkin disebabkan sudah terbiar lama.

Walaupun tidak seluas mana, ramai mendakwa harga hartanah dijual tidak masuk akal kerana banyak aspek yang perlu diambil kira termasuklah membersihkan kawasan semak samun dan membaik pulih fasiliti di situ.

 

Sumber