Perkara biasa apabila anak kecil tantrum tetapi sebagai ibu bapa, sewajarnya anda cuba menenangkan anak anda agar tidak menganggu ketenangan orang di sekeliling anda.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @papayen91 telah berkongsi sebuah video yang memaparkan tindakan ibu bapa yang hanya berdiam diri apabila anaknya berterusan menjerit di dalam restoran.

Baca Juga:

@papayen91

Kalau korang, korang buat apa? Kids will always be kids, parents tolonglah jaga, ni tak, sambung borak dah kenapa? Nak gain apa? Hatred? Oh ya, budak tu BUKAN AUTISM/DOWN SYNDROME, take note on that

♬ original sound – PAPAYEN – PAPAYEN

Menerusi video terbabit, individu itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan ibu bapa tersebut yang rancak bersembang dengan rakan-rakannya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang tidak selesa dengan jeritan anaknya.

Tambahnya, kanak-kanak itu telah menjerit selama satu jam membuatkan pelanggan lain tak selesa. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai.

Rata-rata netizen turut mengecam tindakan ibu bapa tersebut yang dilihat tiada common senses. Malah, ada juga netizen mengatakan perkara seperti ini sering terjadi dan kesal ada ibu bapa yang mementingkan diri sendiri.