Tular sejumlah video yang memperlihatkan gelagat ibu bapa yang sanggup menunggu serta mengintai anak di dalam kelas baru-baru ini.

Sehinggakan ada satu video yang mana segerombolan ibu bapa yang sedang melihat anak mereka yang sudah berada di dalam kelas untuk sesi pengenalan.

Pada video tersebut, tuan badan memberi gambaran yang mana para ibu bapa yang berkumpul di luar kelas bakal dihalau oleh guru besar pada ketika itu.

Pada video berikutnya, dia memaklumkan bahawa guru besar telah memaklumkan kepada ibu bapa untuk beredar supaya memberi laluan kepada guru-guru beramah mesra dengan kanak-kanak tersebut.

@farahihiz94

Risau Guru Besar bawak rotan😂 Guru Besar cakap elok elok dengan parents supaya bagi ruang untuk guru dan anak anak beramah mesra😁 #gurubesar #rotan #fyp #viralll #tiktok #2025

♬ Anak Lelakiku – Irfan Hakim

Rakaman video itu telah mengundang perbincangan hangat di kalangan netizen menerusi sejumlah platform.

Majoriti netizen menempelak akan  trend ibu bapa yang sengaja menunggu di luar kelas kerana boleh mengganggu fokus anak dan juga lebih teruk lagi tidak mampu berdikari atau melakukan sesuatu perkara dengan keyakinan diri.

Tambahnya, perkara ini juga sebenarnya bakal mengganggu proses suai kenal di antara pelajar dan gurunya yang berada di kelas tahun pertama.

Guru pula akan bertambah stres kerana perlu melayan kerenah murid yang mungkin ‘mengada-ngada’ kerana menyedari akan kehadiran ibu bapa mereka pada ketika itu.

Netizen mendakwa ada ibu bapa yang sanggup mengambil cuti semata-mata mahu melihat anak masing-masing walhal boleh sahaja melihat seketika waktu menghantar anak.