Pada ketika ini satu Malaysia mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan berikutan ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama susulan fasa akhir Monsun Timur Laut.

Sehubungan itu ada sekumpulan cikgu sebuah sekolah telah bergotong-royong menjahit dan memasang jaring hitam di kawasan perhimpuan terbuka.

Baca Juga:

Jaring hitam itu berfungsi untuk mengelak murid-murid daripada terkena sinaran dan bahang matahari terik.

@fazrulmustaqim

Penat Lelah itu Biasa, Demi Anak Murid Tercinta. Alhamdulillah siap dipasang. dulu pernah pasang net ni tapi 1/4 je. sekarang boleh kira full lah. #ramadan #teacherlife

♬ Heroes Tonight – Janji & Johnning

Menerusi video TikTok @fazrulmustaqim, cikgu-cikgu lelaki di sekolahnya menjahit beberapa keping jaring hitam untuk membentuk ‘bumbung’ yang dapat melindungi cahaya matahari terik.

Perkongsian video itu mendapat pujian daripada netizen kerana cikgu-cikgu berfikiran kreatif dan sanggup berkorban untuk memastikan semua anak murid mereka tidak kepanasan.

Ramai mendoakan kesejahteran dan kesihatan baik untuk mereka dapat terus mendidik generasi baharu.

Sumber Gambar: TikTok @fazrulmustaqim
Sumber Gambar: TikTok @fazrulmustaqim
Sumber Gambar: TikTok @fazrulmustaqim

Pada masa sama ramai netizen meminta pihak-pihak berkaitan untuk melihat dan menghargai pengorbanan cikgu-cikgu yang tidak berkira untuk melaksanakan kerja di luar skop tugasan.

Netizen turut meminta ibu bapa murid juga menghargai pengorbanan cikgu-cikgu di sekolah tersebut.

Dalam pada itu ada cikgu-cikgu dari sekolah lain mengucapkan terima kasih kepada cikgu sekolah berkenaan kerana memberikan idea untuk mereka buat di sekolah mereka sendiri nanti.

Menurut Cikgu @fazrulmustaqim, pihak sekolah sudah menerima peruntukkan kerajaan untuk memulakan pembinaan sebuah dewan.