Kalau kalian perasan, sejak kebelakangan ini, negara kita dilanda cuaca panas kering. Sebenarnya, Malaysia sekarang berada dalam fasa kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada Mac ini.
Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia semalam, tempoh penghujung musim ini adalah tempoh berkurangnya taburan hujan di seluruh negara – kecuali Sabah dan Sarawak.
Jadi, itulah faktor berlakunya cuaca panas kering yang dihadapi oleh kita sekarang ini. Jika dilihat pada langit, jumlah awan juga dilihat berkurang tidak seperti sebelum-sebelum ini.
Kenyataan itu juga turut menasihatkan orang ramai agar menjimatkan penggunaan air kerana jumlah paras air di empangan-empangan berkurangan berbanding biasa.
Selain itu, orang ramai juga dinasihatikan untuk tidak melakukan sebarang pembakaran secara terbuka kerana takut dengan cuaca panas begini mampu memudahkan kebakaran merebak dengan pantas seperti yang terjadi di Australia sekarang.
Diharapkan orang ramai dapat mengikuti nasihat dan panduan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaan kerana ianya mampu memudahkan urusan kehidupan kita semua.
Lihat laporan kaji cuaca ini yang dipersembahkan dengan penuh bergaya. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Laporan Kaji Cuaca Ini Dipersembahkan Dengan Gaya Yang Sangat Epik
Negeri Pantai Timur Paling Terkesan, Malaysia Dilanda ‘Musim Sejuk’ Yang Tidak Selamat