Ibu Zulfarhan Osman Zulkarnain mahu hukuman gantung sampai mati dikekalkan terhadap tertuduh yang telah menyebabkan anaknya meninggal dunia.
Dalam satu temubual, Hawa Osman memaklumkan doa agar keenam-enam tertuduh ke tali gantung ada dalam setiap sujudnya ketika menjalankan ibadah.
Baca Juga:
- ‘Dulu Berselisih Bahu Tak Bertegur, Sekarang Dah Terlambat Nak Minta Maaf’ – Keluarga Allahyarham Zulfarhan
- Kes Zulfarhan – Suhakam Tak Setuju 6 Pesalah Kena Hukuman Gantung
- ‘Selepas Hampir 8 Tahun, Ini Kali Pertama Saya Tengok Semula’ – Penulis Surat Layang Kes Zulfarhan
Ibu Zulfarhan Mahu Hukuman Gantung Kekal
“Terlalu sukar untuk kami sekeluarga hadapi perkara ini.Paling saya nak tahu, siapa antara mereka yang seterika di kemaluan anak saya. Kalau disepak orang pun sakit, tekapan di kemaluan bagi saya adalah tindakan paling tak masuk akal,” katanya.
Menurutnya lagi, mungkin seperti agak kejam apabila beliau mahu keenam-enam tertuduh ke tali gantung tapi itulah pengharapannya sebagai seorang ibu yang telah kehilangan anak tersayang.
“Cuba bayangkan 90 tekapan seterika di seluruh badan termasuk kemaluan. Ini perbuatan kejam dan bagaimana harus saya memaafkan mereka.
“Jadi biarlah nyawa dibalas nyawa! Mereka minta saya memaafkan dan melupakan semuanya. Walau ibu bapa mereka datang meminta maaf tapi ia takkan sama kalau anak mereka (tertuduh) mengungkapkan perkataan maaf itu.
“Saya kata pada mak ayah yang minta maaf ini, saya sentiasa memaafkan muslimin dan muslimah dalam doa solat saya tapi untuk memaafkan perbuatan kejam enam tertuduh ini, amat berat.
Pada Julai 2024, memetik Harian Metro, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Selepas pengumuman oleh hakim, ibu Zulfarhan dan bapanya dilihat bersujud di luar dewan mahkamah sebagai tanda bersyukur kerana kematian anak mereka terbela.
Keenam-enam bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
“Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman terhadap keenam-enam OKT iaitu mereka perlu dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan digantung sampai mati.
“Rayuan pendakwaan dibenarkan, hukuman penjara selama 18 tahun ditolak,” kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.
Jadi Buddy, Bukan Buli merupakan satu kempen khas oleh The Vocket untuk sama-sama menangani kes buli di samping menyediakan satu platform selamat untuk mangsa buli berkongsi luahan tanpa identiti didedahkan.
Layari www.thevocket.com/jadibuddybukanbuli untuk berkongsi luahan atau membaca perkongsian daripada pakar.
#JadiBuddyBukanBuli #KawanBukanLawan