Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian sebuah bilik kasino di Genting Highlands, Bentong dipecah masuk dan cip kasino bernilai RM4,607,800 telah dicuri.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan berkenaan daripada pihak pengurusan keselamatan kasino terbabit sekitar 6.30 petang pada 28 Oktober.

Baca Juga:

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong masih meneruskan siasatan dan mengesan suspek terlibat,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Zaiham berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan.