Reka bentuk dalaman yang tersusun rapi dan kemas di ruang pameran IKEA seringkali menjadi tarikan buat pengunjung yang mengunjungi pusat beli belah IKEA. Malah ada juga individu yang menjadikan reka bentuk dalaman IKEA ini satu inspirasi buat mereka untuk menghiasi ruang yang ada di dalam rumah mereka supaya terlihat cantik dipandangan mata tetamu.
Namun, lain pula jadinya dengan keadaan bilik pameran IKEA yang baru sahaja dibuka di Batu Kawan, Pulau Pinang dua minggu yang lalu. Buat pertama kalinya, bilik dan ruang pameran di IKEA Batu Kawan ini menjadi huru-hara dan tidak tersusun dengan rapi dek kerana tindakan para pengunjung di situ yang menjadikan ruang pameran tersebut seperti rumah sendiri.
Keadan ruang dan bilik pameran IKEA di Pulau Pinang itu kelihatan tidak ubah seperti sebuah rumah yang telah dirompak dengan susunan katil, kerusi dan sofa yang tidak berada pada kedudukan yang asal. Perkara ini sangat mengecewakan dan tidak menunjukkan identiti rakyat Malaysia yang berdisplin dan kemas.
Pusat beli belah tersebut baru sahaja dibuka dua minggu yang lalu, namun keadaan di kawasan itu berubah secara drastik dengan sikap dan mentaliti rakyat di Malaysia yang kurang sikap prihatin yang seharusnya ditanam di dalam diri masing-masing. Imej negara Malaysia akan dipandang rendah oleh negara-negara lain dengan sikap rakyatnya yang sebegini rupa.
Ayuhlah kita berfikir sejenak dan mengamalkan sikap keprihatinan yang perlu ada di dalam diri supaya perkara sebegini tidak terjadi lagi pada masa akan datang dan sekaligus akan menjatuhkan maruah negara Malaysia.