Jika anda tertanya mengapa ramai yang berpusu-pusu ke IKEA pada hari ini, ia kerana koleksi yang sangat dinanti-nantikan antara IKEA dan pengasas jenama Off-White, Virgil Abloh dilancarkan hari ini.

Sejak tahun lalu lagi, Virgil Abloh sudah memperlihatkan koleksi khas ini dan hanya dijual di cawangan IKEA Eropah secara terhad.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Disebabkan itu, koleksi MARKERAD ini menarik perhatian ‘peminat’ Virgil Abloh di Malaysia. Mana tidaknya, koleksi yang mendapat sentuhan Virgil Abloh ini boleh dibeli pada harga permulaan hanya RM39.90. Sebagai perbandingan, beg yang dijual di bawah jenama Off-White dijual dengan harga ribuan ringgit.

Tidak mahu terlepas peluang memiliki koleksi khas ini, ada yang sanggup beratur di IKEA seawal jam 5 pagi. Dikhabarkan hampir kesemua koleksi MARKERAD ini telah habis diborong. Menerusi tinjauan kami di aplikasi Carousell, ada barangan terutamanya beg kertas koleksi ini telah pun dijual semula setinggi 8 kali ganda harga asal!

Itulah impak Virgil Abloh mampu berikan kepada sesuatu jenama ketika ini. Ada yang sempat membeli koleksi ini sebentar tadi?

Ada juga beberapa item koleksi MARKERAD ini yang tidak dijual pada hari ini. Antaranya permaidani “KEEP OFF” ini. Buat anda yang sempat membeli, boleh hias bilik anda dengan item IKEA sedia untuk hiasan rumah yang lebih cool.

Pandang Pertama Koleksi IKEA x Virgil Abloh “MARKERAD”

Lelaki Ini Serap Inspirasi Vocket Senireka Dan IKEA Ke Dalam Bilik Mikro ‘Home Office’

Lihat ‘Makeover’ Dapur 7 Kaki Ini Daripada Barang IKEA Dengan Kos Bawah RM3,000