Kecerdasan buatan (AI) makin hari makin hebat — bukan setakat bantu cari jawapan di Google, tapi dah mula ‘join’ dunia kerja kita.
Ramai orang risau, “Kalau AI boleh buat kerja aku, aku nak kerja apa nanti?”
Tapi menurut Bill Gates seperti yang dilaporkan CNBC, salah satu orang lama dalam dunia teknologi dan pengasas Microsoft, kita tak perlu takut sangat.
Dia percaya AI bukan datang untuk rampas kerja, tapi lebih kepada tolong ringankan beban — terutamanya dalam bidang kesihatan dan pendidikan.
Doktor Tak Cukup? Bill Gates Kata AI Sedia Bantu
Bill Gates yang dah lama aktif dalam isu kesihatan global, cakap banyak negara — dari India sampailah ke Afrika — masih ada masalah nak cari dan kekalkan tenaga kerja dalam bidang perubatan.

Di Amerika, dianggarkan mereka akan hadapi kekurangan sehingga 86,000 doktor menjelang tahun 2036.
Tapi dengan AI, masalah ini mungkin boleh selesai.
Banyak startup seperti Suki, Zephyr AI, dan Tennr tengah kembangkan teknologi untuk urus tugas-tugas macam dokumentasi pesakit, pengebilan, dan juga diagnosis.
Jadi, doktor boleh fokus rawat pesakit — bukan sibuk dengan kertas kerja.
Cikgu Pun Ramai Dah ‘Burnout’, AI Turun Padang
Bukan doktor sahaja penat, cikgu pun dah lama berada dalam masalah tidak cukup tenaga pengajar.
Di US, lebih 86% sekolah awam lapor susah nak cari cikgu baru, dan 45% kekurangan staf.

Tapi jangan risau, AI dah mula jejak kaki ke sekolah.
Di UK, sebuah kolej bernama David Game College dah guna AI macam ChatGPT untuk bantu pelajar belajar subjek penting macam matematik dan sains.
Ya, ada jugak yang risau AI akan jadi alat untuk meniru, tapi cikgu-cikgu kat sana optimis — katanya boleh jimat masa dan bantu personalize pembelajaran ikut tahap murid.
Bekerja Lebih Pintar, Bukan Lebih Lama
Bill Gates juga sentuh satu benda menarik: dengan AI, kita mungkin boleh kerja lebih sikit… tapi hasil lebih banyak.
Malah, dia cakap mungkin satu hari nanti kita boleh bersara lebih awal atau kerja 3-4 hari sahaja seminggu.

Menurut Gates, kita kena fikir balik macam mana kita nak guna masa kita bila AI dah ambil alih kerja-kerja rutin.
“Macam mana kita nak hidup bila masa kita tak dihabiskan dengan kerja je?” katanya.