Bill Gates, pengasas Microsoft sudah lama tidak mengulas mengenai wabak COVID-19 dan kini dia kembali dengan satu ramalan terbaharu.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan Reuters, Gates menyatakan bahawa dunia akan kembali normal pada akhir tahun 2022 berkat daripada kepantasan para pakar mencipta vaksin COVID-19, kata Bill Gates dalam wawancara untuk akhbar Poland Gazeta Wyborcza dan penyiar televisyen TVN24.
“Pada akhir 2022, kita pada dasarnya akan kembali normal. Ini adalah tragedi luar biasa,” kata Gates. Dia juga menambahkan bahawa satu-satunya berita baik saat ini adalah dengan adanya vaksin yang sudah mula dilaksanakan di banyak negara, termasuk Malaysia.
Sebelum ini, Gates pernah memberi amaran tentang risiko datangnya pandemi dengan menyatakan bahawa krisis kesihatan global seperti koronavirus mampu menghapuskan 30 juta orang dalam waktu kurang dari setahun.
Gates juga pernah berkata pada 2015 ketika berucap untuk Ted Talk dengan meramalkan bahawa dunia tidak bersedia untuk menghadapi situasi wabak yang akan datang. “Tidak perlu panik, tapi kita harus bersedia,” katanya pada 2015.
Tidak hanya ‘pandai’ meramal, Gates juga telah bertanggungjawab menyalurkan bantuan sekitar 1.75 bilion dolar AS melalui Bill & Melinda Gates Foundation bagi tujuan memerangi wabak COVID-19. Duit terbabit digunakan untuk penyelidikan, vaksin, bantuan pekerja kesihatan, pencegahan dan rawatan di seluruh dunia.
Untuk rekod, Gates juga terlibat dalam kemudahan COVAX, yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Global Alliance for Vaccines and Immunization (GAVI), yang bertujuan untuk mendapatkan 2 bilion dos vaksin untuk negara-negara berpendapatan rendah pada akhir tahun 2021.
Bill Gates ramal akan berlaku 2 bencana besar di masa hadapan, bakal bunuh lebih ramai orang. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Bill Gates Ramal Akan Berlaku 2 Bencana Besar Di Masa Hadapan, Bakal Bunuh Lebih Ramai Orang
Ramalan Steve Jobs Pada Tahun 1990 Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini