Bill Gates baru sahaja melawat ke negara Indonesia, pelbagai isu yang dibahaskan berkaitan kesihatan global dalam mencari solusi untuk manusia sejagat.

Selepas pertemuan bersama Presiden RI Probowo Subianto pada minggu lalu, Bill Gates telah memuat naik satu perbincangan di blog peribadinya berhubung bahaya kiamat yang bakal terjadi dalam jangka masa yang lebih cepat susulan kesan daripada kegiatan seharian manusia tanpa disedari.

malaysia
Sumber Gambar: detiknews

Beliau beberapa kali menyeru tentang pentingnya langkah konkrit pelbagai pihak untuk mengurangkan emisi dan menangani bahaya ‘kiamat’ di Bumi akibat pemanasan global.

Bill Gates menyatakan bahawa aktiviti di Bumi menghasilkan 51 bilion tan gas rumah hijau setiap tahun.

Dalam blog peribadinya, Bill Gates menekankan bahawa sebanyak 7% gas rumah hijau berpunca daripada pengeluaran lemak dan minyak daripada haiwan dan tumbuhan.

malaysia
Sumber Gambar: Science New Explore

“Untuk memerangi perubahan iklim, kita seharusnya mengubah angka tersebut menjadi sifar,” tulisnya.

Walaupun begitu, beliau sedar bahawa rancangan untuk menghapuskan pengambilan lemak haiwan bagi manusia adalah tidak realistik. Ini kerana, manusia sudah bergantung kepada lemak haiwan atas alasan yang logik.

malaysia
Sumber Gambar: Adobe Stock

Lemak haiwan mempunyai nutrien dan kalori yang diperlukan oleh manusia. Namun, terdapat cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan lemak tanpa menghasilkan emisi, menyeksa haiwan, dan menghasilkan bahan kimia berbahaya.

Bill Gates turut mendedahkan bahawa penyelesaiannya telah ditemui oleh sebuah syarikat permulaan bernama ‘Savor’. Gates juga merupakan salah seorang pelaburnya.

Savor menghasilkan lemak daripada satu proses yang melibatkan karbon dioksida dari udara dan hidrogen dari air. Sebatian tersebut kemudiannya dipanaskan dan dioksidakan sehingga berlaku pemisahan komponen asid yang menghasilkan formulasi lemak.

Bill Gates mendakwa lemak yang dihasilkan mempunyai molekul yang serupa dengan yang ditemui dalam susu, keju, daging lembu, dan minyak sayuran.

Nama Malaysia dan Indonesia dipetik

malaysia
Sumber Gambar: Kosmo

Bukan itu sahaja, Bill Gates turut menyoroti faktor yang menghasilkan impak yang lebih besar iaitu minyak sawit.

“Pada masa ini, minyak sawit adalah lemak nabati (minyak daripada tumbuhan) yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.

“Sebahagiannya ditemui dalam makanan seharian seperti kek, mi segera, krimer kopi, makanan sejuk beku, hinggalah kepada alat solek, sabun mandi, ubat gigi, detergen, deodoran, makanan kucing, formula bayi, dan sebagainya.

Malah, minyak sawit juga digunakan untuk biobahan api dan enjin diesel,” jelas beliau.

Sebagai maklumat tambahan, Malaysia dan Indonesia telah menjadi pengeluar minyak sawit terbesar di dunia sekaligus mendapat tempias dengan masalah yang dinyatakan oleh Bill Gates.

Menurut Bill Gates, masalah dengan minyak sawit bukanlah soal penggunaannya, tetapi bagaimana proses penghasilannya.

Majoriti jenis sawit asli dari Afrika Barat dan Tengah tidak tumbuh di banyak wilayah. Pokok itu hanya tumbuh subur di tempat-tempat yang dilalui garis khatulistiwa.

“Hal ini menyebabkan penebangan hutan di kawasan-kawasan khatulistiwa untuk menukarkannya menjadi tanah sawit,” kata Bill Gates.

Proses ini boleh memberi impak buruk kepada kepelbagaian alam dan menyebabkan tamparan hebat kepada perubahan iklim. Pembakaran hutan menghasilkan emisi yang banyak di atmosfera dan mengakibatkan peningkatan suhu.

“Pada tahun 2018, kemusnahan yang berlaku di Malaysia dan Indonesia sahaja sudah cukup parah hingga menyumbang 1.4% emisi global.

“Angka itu lebih besar daripada seluruh negeri California dan hampir sama besarnya dengan industri penerbangan di seluruh dunia,” jelas Bill Gates.

Sayangnya, Bill Gates mengakui bahawa peranan minyak sawit sukar digantikan. Ini kerana, komoditi sawit murah, tidak berbau, dan banyak.

“Minyak sawit juga satu-satunya minyak nabati dengan keseimbangan lemak tepu dan tak tepu yang hampir sama, itulah sebabnya minyak ini sangat serbaguna.

“Jika lemak haiwan adalah bahan utama dalam beberapa makanan, maka minyak sawit adalah pemain pasukan yang dapat bekerja untuk membuat hampir semua makanan dan barangan bukan makanan menjadi lebih baik,” kata Bill Gates.

Atas alasan-alasan tersebut, Bill Gates mengatakan sudah ada syarikat-syarikat yang cuba mengatasinya. Salah satunya C16 Biosciences yang berupaya membuat alternatif minyak sawit.

Sejak 2017, Bill Gates mengatakan C16 membangunkan produk daripada mikrob yis liar menggunakan proses fermentasi yang tidak menghasilkan emisi sama sekali.

Meskipun secara kimia berbeza daripada minyak sawit konvensional, namun minyak C16 mengandungi asid lemak yang sama, sehingga dapat digunakan untuk aplikasi yang serupa.

“Minyak ini sama alaminya dengan minyak sawit, cuma ia tumbuh pada kulat, bukan pada pokok. Sama seperti Savor, proses C16 sepenuhnya bebas daripada pertanian. ‘Pertanian’-nya adalah sebuah makmal di tengah bandar Manhattan,” ujarnya Bill Gates.

Tahukah anda jika pemanasan global masih berterusan, ia boleh  mengganggu kestabilan cuaca, menyebabkan kejadian cuaca ekstrem seperti banjir, kemarau, ribut taufan, dan kebakaran hutan yang lebih kerap?

 Malah, pencairan ais di kutub dan pengembangan air laut akibat peningkatan suhu menyebabkan paras laut meningkat, mengancam kawasan pesisir dan pulau-pulau kecil sekaligus akan menjadikan ketidak seimbangan antara darat dan juga jumlah air di dunia ini.

Oleh itu, ramai pakar menjangkakan dengan ketidak stabilan inilah akan mendorong kepada Hari Kiamat di mana segala bencana alam terjadi dan bakal menghancurkan peradaban manusia di dunia ini.