Mulai tahun hadapan kerajaan akan melaksanakan satu solusi bagi pengunaan petrol bersubsidi untuk pihak yang betul-betul layak.
Dalam satu kemas kini terbaharu berhubung pelaksanaan tersebut, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata MyKad boleh digunakan sebagai mekanisme pelaksanaan subsidi petrol RON 95 yang disasarkan.
Baca Juga:
- ‘Untuk Bagi Subsidi Lebih Adil, Kriteria Golongan T15 Sedang Diperhalusi’ – Rafizi Ramli
- Anwar Ibrahim: Subsidi Diesel Tidak Dihapuskan, Kerajaan Masih Tanggung RM7 Bilion
- Kelantan Akan Buka Dua Stesen Minyak Tanpa Subsidi Untuk Warga Asing
Rakyat Malaysia yang layak perlu mengimbas MyKad mereka di pam untuk menggunakan petrol bersubsidi tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik X.com @jasonyew, kelayakan mereka akan ditentukan melalui data yang disimpan pada pangkalan data awan.
"Pembeli perlu mengimbas MyKad di stesen minyak. Mereka yang layak akan menerima harga bersubsidi untuk petrol RON95." – @rafiziramli#belanjawan2025 #MalaysiaMADANI pic.twitter.com/igivxVudsk
— Jason Yew (@jasonyew) November 6, 2024
Rata-rata warganet berasa gusar sekiranya pelaksanaan tersebut memerlukan mereka mengimbas Mykad kerana ia akan menyebabkan proses mengisi petrol kenderaan menjadi lebih lama daripada sekarang.
Lebih-lebih lagi sekiranya sistem bermasalah, lalu menyebabkan kesesakan panjang di stesen minyak.
Tambah netizen lagi, ramai sudah beralih menggunakan aplikasi untuk membuat pembayaran petrol. Jadi ia akan ‘merenyahkan’ para pengguna.
Warganet berharap pihak kerajaan dapat pertimbang untuk menggunakan aplikasi sedia ada bagi memudahkan proses pembelian petrol bersubsidi.