Sejak Orked Nuha dah pantang lepa, dan kadang-kadang tak terkejar, kami perlu mencari satu cara untuk memastikan dia selamat, sementara perlu melakukan pelbagai kerja seperti memasak ke, kemas rumah ke atau pergi tandas.
Memang dah lama usya (perhati) and survey harga untuk playard ini. Tapi harga mahal sangat pula. RM250++ tapi kecik sangat dan macam tak worth it. Tak boleh nak merangkak sesuka hati. Kesian pula rasanya.
Rumah ini tak baby proof, banyak benda kena alih/buang atau beli, jadi, ini solusi buat masa sekarang jika nak buat kerja atau bagi dia main with less supervision.
Google untuk buat DIY ini dah lama, tapi baru semalam jumpa. Dalam Pinterest banyak, dan YouTube, tutorial dalam bahasa Thailand saja. Hehe. Tapi tak ada yang spesifik bagi harga, saiz apa guna semua.
Jadi ini adalah playard yang mudah dan ringkas untuk puteri kami. Saiz lebih kurang: 74.2″ X 54.9″, dengan ketinggian 27″ dan tak ada gam yang digunakan.
Barang yang kami gunakan ialah paip PVC, PVC Tee, dan PVC Elbow. Barang lain yang mungkin diperlukan ialah gergaji dan tukul getah.
- Jumlah kos: RM 154.50
- PVC Pipe: 10 pcs (228″ @ 19ft)
- PVC Tee: 104 pcs
- PVC Elbow: 8pcs
PVC Pipe potong kepada beberapa saiz dan bahagian. Untuk tinggi, kami potong kepada saiz 24″ sebanyak 52 pcs dan untuk sambungkan antaran PVC Tee ke satu PVC Tee, saiz adalah 3″ dan memerlukan sebanyak 96 pcs untuk atas bawah.
Bahagian sudut untuk cantumkan dua sisi, PVC Elbow dan PVC Pipe, saiz PVC pipe yang diperlukan 2″ sebanyak 16 pcs.
Cantum tiang-tiang dinding satu persatu, jangan cantum bahagian atas, kemudian tiang, dan seterusnya bahagian bawah. Nanti susah dan kena tanggal balik macam kami.
Maka selepas siap pasang semua, bersihkan playard dengan Dettol bagi bersih, dan hias ikut suka. Dan akhirnya dengan playard DIY ini, kami tak perlu risau dah baby nak merangkak, dia main sajalah dalam tu.
Kalau yang risau takut tumbang ke, dah cuba, memang berat, dan memang susahlah nak tumbang.
Simple sharing untuk yang memerlukan.
Thanks untuk Syaah Mohd Fauzi tolong potong and cantum-cantum.
Baby happy, Mother happy, Father happy.