Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terpaksa mengambil tindakan keras dengan meroboh struktur tambahan rumah yang dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan. Dalam satu gambar yang tular di media sosial, perobohan itu berlaku di salah sebuah flat yang berada di bawah bidang kuasa MPAJ.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MPAJ, ia berkata bahawa kediaman berstrata seperti flat, apartmen dan kondominium terikat dengan Akta 757 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja.
“Sayang apabila rumah yang ditambah sebenarnya tidak dibenarkan mengikut Akta 133 dan Akta 757. Kesannya, MPAJ terpaksa memainkan peranan sebagai PBT untuk merobohkan struktur tambahan haram yang nyata menggunakan ruang harta bersama yang bukan hak mutlak pemilik tapi adalah dikongsi secara bersama,” katanya.
Selain itu, struktur tambahan haram yang dibina di rumah yang terikat dengan Akta 757 juga bakal menganggu kerja-kerja menyelamat oleh pihak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang malapetaka seperti kebakaran dan sebagainya.
“Tindakan penguatkuasaan di Blok 4, Flat UTM, AU3/1 atas kesalahan membina struktur tambahan tanpa kebenaran MPAJ telah dilaksanakan pada 25 Mei 2022.
“Tindakan bersepadu ini melibatkan Jabatan Bangunan & Senibina serta Jabatan Penguatkuasa MPAJ.
“Tindakan notis dan roboh serta-merta dilaksanakan berdasarkan Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) berikutan tambahan struktur baharu di bahagian tepi dan belakang yang tidak dibenarkan bagi bangunan kediaman bertingkat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi MPAJ.
Selepas premis perniagaan, PBT mula robohkan binaan depan rumah pula. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Selepas Premis Perniagaan, PBT Mula Robohkan Binaan Depan Rumah Pula
MBSA Keluar Notis Perobohan, Isu Hot Burger Malaysia Buat Peniaga Lain Kena Tempias
‘Saya Yang Buat Report Saya Pula Diancam’ – Asri Janggut Cerita Keadaannya Ketika Ini