MYDIN pada ketika ini sering menjadi bualan ramai kerana berjaya mendekati rakyat lebih-lebih di media sosial mereka. Siapa sangka kini platform kriptowang terkenal juga berminat untuk berkerjasama dengan syarikat pasaraya terkemuka Malaysia ini.

Terbaharu, Binance menerusi Binance Charity kini mengumumkan berkerjasama dengan pihak pasaraya MYDIN untuk membantu dan menyediakan sokongan kemanusiaan untuk masyarakat luar bandar yang terjejas.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Binance

Menerusi kerjasama ini, pihak MYDIN akan menyediakan pelbagai sumbangan bekalan kecemasan kepada mereka yang memerlukan terutamanya yang terjejas disebabkan pandemik dan bencana alam banjir.

Binance Charity akan melakukan sumbangan menggunakan kriptowang BUSD yang ditambat pada matawang USD kepada pihak MYDIN di bawah program MYDIN Prihatin. MYDIN Prihatin akan menggunakan sumbangan tersebut dalam membeli barangan keperluan untuk golongan yang kurang bernasib baik.

Sumber