Walaupun sudah berkahwin, sebenarnya masih ada wanita miang yang masih dahagakan perhatian daripada lelaki-lelaki di luar sana.
Seorang lelaki di TikTok telah memuat naik satu hantaran yang mendedahkan niat sebenar para isteri yang berkongsi kandungan di media sosial menerusi fungsi Story dengan niat dilihat lelaki tertentu yang bukan suaminya menerusi laporan Kosmo.

“Jujur ja lah. Isteri orang setiap kali buat ‘story’ (cerita), mesti ada satu nama viewer (penonton) yang dia cari, dan yang pasti sudah semestinya bukan suami dia,” tulisnya pada kapsyen.
Lebih mengejutkan, terdapat beberapa wanita yang tanpa segan silu mengiyakan kenyataan lelaki berkenaan dalam perihal tersebut.
Malah, ada yang memintanya supaya tidak memecah rahsia supaya tidak membocorkan rahsia tersebut.
“Tolong, jangan bocor rahsia,” kata seorang wanita.
“Memang betul-betul tahu isi hati kita orang lah,” kata seorang wanita yang lain.
“Kau ni perempuan ke lelaki, eh? Macam tahu saja,” komen seorang lagi pengguna.
Demikian adalah antara komentar yang ditinggalkan oleh sebahagian wanita yang tidak segan silu mengakui kenyataan terbabit.
Bagaimanapun, pengakuan wanita-wanita di ruangan komentar mengundang kecaman daripada netizen yang mana sebahagian isteri yang jujur mendedahkan tidak melakukan perkara terkutuk itu.
Ada lelaki yang juga meluahkan rasa sedih kerana majoritinya wanita bertudung mengakui berbuat sedemikian sekaligus terbatal hasratnya untuk berkahwin.