Pelakon Hong Kong, Louis Koo yang kini sibuk menghabiskan masa di Malaysia bagi melengkapkan penggambaran filem baharunya, Behind The Shadows mengakui bahawa beliau terkejut dengan kesesakan lalu lintas di negara ini.

Filem ini dijangka akan tamat penggambarannya pada pertengahan Oktober ini, dengan kebanyakan babak berlaku di sekitar Kuala Lumpur. Semasa sidang media, pelakon berusia 52 tahun itu terkejut dengan kesesakan lalu lintas di sini.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

“Trafik di Malaysia sangat sesak pada waktu puncak. Ia satu perkara yang baik kerana ia memberi saya peluang untuk berehat di dalam kereta. Saya boleh tidur tiga kali dan masih tidak tiba di destinasi saya,” katanya kepada The Star.

Pelakon G Storm (2021) itu juga bergurau bahawa dia boleh keluar dari kenderaannya, menikmati semangkuk mi wantan, kembali ke keretanya dan masih akan tersangkut di tempat yang sama.

“Ia hanya pada waktu sibuk. Saya dan krew biasanya mengambil masa lebih sejam untuk tiba di tapak penggambaran pada waktu sibuk. Apabila kami pulang pada waktu malam selepas bekerja, ia hanya akan mengambil masa kira-kira 10 minit,” katanya.

Koo turut berkongsi bahawa terdapat banyak perkara yang dia suka tentang Malaysia. Antaranya ialah pelbagai jenis masakan yang lazat, penduduk dan bangunan tradisional yang jarang dilihat di Hong Kong.

“Saya berada di Malaysia selama beberapa hari sebelum ini dan menemui banyak bangunan lama yang sesuai sebagai tempat penggambaran. Sukar untuk mencari bangunan jenis ini di Hong Kong. Tiada halangan bahasa (bagi saya) juga di sini,” tambahnya.

Sumber