Bintang utama pasukan kebangsaan Iran, Mehdi Taremi, menarik perhatian dunia bola sepak apabila dilaporkan mahu pulang ke tanah air bagi mempertahankan negaranya yang kini sedang diserang.

Penyerang berusia 33 tahun itu kini beraksi bersama kelab Greece, Olympiacos F.C.

Taremi sebelum ini mencipta nama di Eropah bersama FC Porto dan gergasi Serie A, Inter Milan.

Menurut, Taremi telah memaklumkan kepada pihak pengurusan kelab mengenai hasratnya untuk kembali ke Iran dalam situasi genting yang melanda negara itu ketika ini.

Difahamkan, beliau mahu berdiri bersama kepimpinan tentera dan bersedia mempertahankan Republik Islam Iran.

Pegawai daripada Iranian Football Federation dilaporkan cuba memujuk Taremi agar terus kekal di Greece dan memberi tumpuan kepada karier profesionalnya.

Namun respons yang diberikan penyerang itu cukup tegas.

โ€œInilah saat negara saya paling memerlukan saya,โ€ kata Taremi menjelaskan niatnya mahu kembali ke tanah air.

Kelabnya, Olympiacos dan FA Iran dilaporkan meminta pemain itu mempertimbangkan semula perkara itu yang dianggap satu keputusan yang penuh emosi dan berisiko tinggi terhadap kariernya di pentas Eropah.

Lagipun, ketika ini, hampir mustahil untuk Taremi memasuki Iran yang sudah menjadi wilayah bergolak.

Sebagai pemain utama skuad kebangsaan Iran, kehilangannya pasti memberi impak besar bukan sahaja kepada kelab, malah kepada pasukan negara di pentas antarabangsa.

Tetapi pemain itu sedia mengorbankan jiwa dan raganya demi mempertahankan negaranya dengan kudratnya yang ada.

Taremi sebelum ini dikenali sebagai antara penyerang paling konsisten Asia, dengan rekod jaringan cemerlang ketika bersama Porto serta pengalaman luas di Liga Juara-Juara Eropah.