Bekas pemain Poland, Ludovic Obraniak memperlekehkan keraian Cristiano Ronaldo dan rakan rakannya ketika Portugal menjulang Liga Negara Negara Eropah – UNL – baru baru ini.
Portugal menewaskan Sepanyol di final. Dan CR7 menjulang trofi antarabangsa ketiga bersama Portugal selepas Euro dan juga UNL yang mereka turut menangi sebelum ini.
Bekas bintang Poland, Obraniak mempersenda kegembiraan dan keraian Portugal. Terutama sekali Cristiano Ronaldo yang menganggap kejuaraan antarabangsa seperti ini membuatkan dia menangis kegembiraan.
Ronaldo malah menganggap trofi seperti UNL jauh lebih berharga daripada mana mana trofi yang dia menangi di peringkat kelab, serta lebih berharga daripada 5 Ballon d’Or miliknya.
Ronaldo sudah memenangi segalanya di peringkat kelab termasuk 5 trofi Liga Juara Juara Eropah.
Bekas bintang Poland ejek Ronaldo dan Portugal
Namun Obraniak dengan terbuka mempersendakan Portugal dan Cristiano Ronaldo.
“Ianya cuma Piala Negara Negara Eropah, tiada apa yang istimewa.
“Kerana pada akhirnya, ia piala yang tidak berprestij untuk dimenangi.
“Ianya pertandingan yang dicipta untuk menggantikan perlawanan persahabatan antarabangsa yang kita bosan tengok,” tegas Ludovic Obraniak.
Ex-internacional polaco não compreende festejos de Portugal
"É apenas uma Liga das Nações. No final do dia, não há nada de prestigiante para ganhar. É uma competição que criámos para nos livrarmos dos particulares que nos aborreciam imenso", diz Ludovic Obraniak. pic.twitter.com/kOyham4Tx8
— Cabine Desportiva (@CabineSport) June 9, 2025
Komen tersebut membuatkan peminat Portugal bengang dengan kenyataan pemain itu. Menurut mereka, ianya masih tetap trofi.
Yang lain menuduh Obraniak nampak ‘koyak’ sebab Portugal menyingkirkan mereka ke Liga B dalam UNL kali ini.
Será coincidência ter essa opinião por terem descido para a Liga B 🤣🤣 pic.twitter.com/5W2W2fCiZl
— rscs (@rscsfifa) June 9, 2025
Ada yang menyindir Obraniak, mengingatkan bahawa Poland antara negara yang benar benar mengambil serius pertandingan UNL.
Kemudian peminat CR7 menganggap pemain itu mungkin masih sakit hati dengan gol libasan gunting CR7 ke atas mereka.
This is what Poland was known for in this nations league campaign btw
pic.twitter.com/oBoSlYfnoj https://t.co/3xjh2PvG8P
— bella 🇵🇹 (@ronaldoptgl) June 11, 2025
Kemudian ada juga yang mengingatkan Obraniak bahawa, dia sebenarnya cemburu kerana Portugal merealisasikan perkara yang ‘sekadar angan angan’ untuk Poland.
Namun ada juga yang bersetuju dengan Obraniak dengan menganggap UNL hanyalah perlawanan persahabatan yang diagungkan.