Pengeluar kereta elektrik Tesla akan memberhentikan lebih daripada 10% tenaga kerjanya, lapor Reuters sambil memetik memo dalaman Tesla.

Tesla memberitahu pengurus untuk mengenal pasti ahli pekerja, menghentikan beberapa anugerah saham sambil membatalkan ulasan tahunan untuk beberapa pekerja, menurut laporan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tesla juga bakal mengurangkan pengeluaran di Shanghai Gigafactory.

Seperti yang dipetik oleh Reuters, pengeluar kereta terbesar di dunia mengikut nilai pasaran mempunyai 140,473 pekerja di seluruh dunia pada Disember 2023, menurut laporan tahunan terbarunya.

Pemberhentian ini akan memberi kesan kepada sekitar 15,000 pekerja.

Tesla tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan atau mengulas lanjut mengenai laporan ini.

Tesla akan melaporkan pendapatan suku tahunannya pada 23 April ini yang difahamkan menunjukkan penurunan dalam penghantaran kenderaan pada suku pertama.

Sementara itu, Tesla juga telah menunda pelan untuk menghasilkan kereta murah yang menjadi matlamat Elon Musk untuk menjadikan kenderaan elektrik mampu milik.

Selepas bertahun-tahun pertumbuhan positif yang membantu menjadikan Tesla sebagai pembuat kereta paling berharga di dunia, syarikat itu kini bersiap sedia untuk menghadapi kelembapan pada 2024.

Sumber