Tahukah anda, jika anda pernah melabur USD100 (lebih kurang RM400) untuk cryptocurrency pada tahun 2010, nilainya kini mencecah lebih RM312 juta! Itulah realiti yang perlu anda terima tentang digital currency Bitcoin ini.

Dalam jangka masa 7 tahun, nilai Bitcoin meningkat naik dari USD0.003 kepada USD2,389 pada hari Sabtu lalu. Dan sehingga hari ini pun, nilai bitcoin semakin meningkat dari hari ke hari.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Ramai pelabur kini menganggap bitcoin sebagai aset safe haven; di mana cryptocurrency ini bebas dari segala pengaruh geopolitik sesuatu negara. Bitcoin boleh dikatakan sebagai network keewangan alternatif yang bersaing secara terus dengan industri bank dan keewangan conventional.

BACA: Pelaburan Bitcoin, Adakah Ia Peluang Atau Musibah

Bitcoin mula kembali mendapat sambutan apabila semakin banyak pelabur dari Asia mula membuat pelaburan untuk cryptocurrency ini. Jepun baru-baru ini telah meluluskan penggunaan Bitcoin ini sebagai legal currency. Jadi dagangan Bitcoin di Jepun kini semakin rancak.

Dengan peningkatan harga Bitcoin ini, ianya menolak laporan manistream media yang mengatakan pelaburan bitcoin ini adalah risky investment. Menurut pengasas laman Gatecoin, Aurélien Menant beliau berpendapat yang nilai Bitcoin ini akan melebihi USD3,000 pada penghujung tahun ini.

Dalam tulisan Washington Post, “Kebanyakkan pelabur bersetuju peningkatan mendadak nilai matawang ini memang menarik tetapi ianya berkemungkinan sangat berisiko tinggi.”

Bitcoin memang nampak sangat too good to be true, tetapi adakah anda percaya dengan pelaburan matawang digital ini? Atau anda lebih percaya kepada pasaran tukaran mata wang yang sedia ada? What could go wrong kalau kita melabur dalam Bitcoin ini? Itulah antara persoalan yang perlu dijawab terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan Bitcoin ini.