Baru sahaja teaser episod terakhir rancangan realiti BLACKPINK yang bertajuk ’24/365 With BLACKPINK’ dikeluarkan minggu ini, hampir 2.8 juta views sudah berjaya dikumpul dan klip pendek tersebut juga turut trending di China tetapi bukan untuk sebab yang baik.
Klip pendek yang berdurasi 56 saat itu memaparkan gelagat BLACKPINK yang melawat taman tema Everland dan bermain bersama panda-panda yang tinggal di situ.
Namun, apa yang menarik perhatian dan mengundang kritikan netizen China ialah apabila kumpulan tersebut dilihat memegang seekor panda berusia 3 bulan yang diberi nama Fubao.
Walaupun Fubao dilahirkan di Korea, beruang panda itu secara teknikalnnya masih lagi milik China. Hal ini kerana, sama seperti beruang panda yang ditempatkan di Malaysia dan di seluruh dunia, panda-panda ini hanyalah disewakan oleh China dalam kontrak diplomatik 10 tahun.
Dana untuk menyewa panda-panda ini pula boleh mencecah sehingga $1 juta setahun dan tambahan $400,000 (~RM1.65 juta) perlu dibayar oleh pihak zoo luar negara sekiranya ada anak panda yang lahir dalam jagaan mereka.
Disebabkan itu pihak Panda World sepatutnya mengikut peraturan ketat yang telah diberi bagi mengelakkan haiwan itu dari terdedah kepada bahaya dan penyakit.
Antara peraturan yang ditetapkan adalah pihak pengurusan harus memastikan bahawa anak-anak panda ini tidak boleh disentuh atau didekatkan kepada orang awam dalam apa situasi sekali pun. Hal ini kerana, kontak dari orang yang bukan profesional boleh meningkatkan risiko haiwan ini dijangkiti jangkitan zoonotic.
Tambahan lagi, bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah, mereka tidak dibenarkan untuk mendekati panda kerana ia boleh meningkatkan risiko panda-panda ini dari dijangkiti penyakit.
Anda mungkin merasakan peraturan-peraturan ini agak keterlaluan. Akan tetapi, panda merupakan haiwan yang hampir pupus. Oleh itu, wajarlah bagi kerajaan China untuk menjaga kebajikan beruang comel ini.
Berdasarkan teaser yang dimuatnaik di akaun YouTube rasmi BLACKPINK, ahli kumpulan itu dilihat memegang panda tanpa menyarung sarung tangan dan tanpa mempunyai sebarang pengetahuan profesional.
Tambahan lagi, mereka juga mempunyai haiwan peliharaan selain mengenakan solekan dan wangian. Kesalahan yang dibuat itu sudah pasti mendorong kepada rasa tidak puas hati netizen China dan membuatkan isu ini tular ni laman Weibo, sebuah media sosial yang popular dalam kalangan rakyat China.
Apa pun, rata-rata dari netizen China tidak meletakkan seratus peratus kesalahan kepada BLACKPINK sebaliknya kepada pihak Everland kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Namun begitu, netizen China tetap juga inginkan permohonan maaf rasmi daripada pihak BLACKPINK di atas kecuaian mereka.
Setakat artikel ditulis, BLACKPINK telah membuang video mereka yang penuh dengan kontroversi di laman YouTube.
Panas betul cerita kali ini. Untuk membaca cerita-cerita mengenai BLACKPINK lagi, klik pada pautan di bawah!
Lisa Blackpink Rugi RM3.5 Juta Selepas Ditipu Oleh Pengurusnya
Netizen Dakwa Kim Kardashian Tiru Style Photoshoot Jennie Blackpink?
Penangan Jennie Dan Jisoo Blackpink, Super Ring Kini Laris Di Korea