Blackpink yang tampil dengan muzik video terbaharu iaitu ‘Kill This Love’ kini hadir dengan koleksi pakaian edisi khas untuk para peminatnya.

Rekaan koleksi ini simple sahaja; asas hitam dan rekaan pada setiap item merupakan simbol bewarna merah jambu yang diletakkan pada muka depan album Blackpink.

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi ini, anda boleh dapatkan secara atas talian. Harga bagi koleksi ini adalah $65 (~RM265) untuk hoodie, $35 (~RM143) untuk t-shirt dan $30 (~RM122) untuk beanie. Malah, harga tersebut adalah termasuk dengan album digital Blackpink yang terbaharu.

Baca lagiMuzik Video Blackpink ‘Kill This Love’ Berjaya Mencapai Lebih 26 Juta Tontonan

blackpink:vckt2

blackpink:vckt3