Anggota polis kini yang mahu menikmati kenaikan pangkat bakal diwajibkan untuk mempunyai indeks jisim badan (BMI) bawah daripada 28.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata syarat BMI itu adalah di antara kriteria yang ditambah bagi memastikan proses kenaikan pangkat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi lebih ketat lapor Sinar Harian.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

“Inisiatif ini penting untuk memastikan kesihatan dan kemahiran anggota polis, sekali gus meningkatkan keupayaan mereka untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara,” katanya dalam ucapan pada perhimpunan bulanan PDRM hari ini.

Tambahnya lagi, PDRM juga telah memperkasakan proses kenaikan pangkat agar lebih telus, adil dan memberi peluang sama rata kepada setiap anggota yang layak.

“Dasar Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan Polis ditambah baik melalui pelaksanaan e-Kursus dan Penilaian Kompetensi Dalam Talian (PeKAT).

“Ia bertujuan untuk membendung isu pilih kasih, tohmahan dan memastikan pemilihan calon yang sesuai, cekap dan layak,” kongsinya.

Difahamkan inisiatif ini dapat memastikan kesihatan serta ketrampilan pegawai polis dalam melonjakkan kemampuan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Dalam pada itu, beliau berkata PDRM juga komited dalam meningkatkan tahap akademik warga Pegawai Rendah Polis, apabila pada tahun ini seramai 1,350 konstabel percubaan akan mengikuti Program MQA PLAK.

Boleh dikatakan dengan adanya kelayakan BMI bawah 28 boleh menaikkan imej pihak berkuasa di mata masyarakat nanti.