Netizen sekali lagi meminta Remy Ampang menjelaskan tentang rim kereta BMW F30 yang bengkok diberikan kepada pemenang peraduan cabutan bertuah Honda Day 2024.

Semalam Remy Ampang menerusi saluran TikToknya mengumumkan pemberian hadiah baharu kepada pemenang peraduan tersebut. Ini setelah Remy Ampang dikecam kerana hadiah kereta Honda SM4 yang kusam dan tidak ada sebarang kemasan semula dibuat.

Remy menegaskan dia mahu menjaga nama baik komuniti Honda di Malaysia setelah mendapat cemuhan ramai pihak kerana dituduh lokek dalam memberikan hadiah walaupun sudah mengaut keuntungan besar daripada penganjuran acara Honda Day 2024.

Pemenang tersebut diberikan BMW F30 yang disahkan dibeli penganjur bukannya daripada penaja.

Pemenang peraduan tersebut akui gembira mendapat hadiah istimewa tersebut. Majlis penyerahan hadiah kereta BMW F30 itu dibuat malam semalam.

@riezuan_099

Sm4 ganti dgn F30 šŸ‘šŸ¼šŸ‘šŸ¼ Bru mantapp

♬ original sound – riezuan_ – riezuan_

Remy Ampang meminta komuniti Honda Malaysia agar terus menyokongnya untuk terus berbakti kepada mereka.

‘Tak habis cerita ni’

Namun netizen mendapati kereta tersebut ada bengkok di bahagian rim. Lantas ada yang meminta pemilik tersebut segera Scrut kereta tersebut yang mungkin pernah terlibat kemalangan.

BMW F30 Diserahkan Remy Ampang Bengkok 'Rim' Pula: 'Tak Habis Cerita Macam Ni'

Laman TTKM pula menulis: “Remy Ampang tak habis cerita macam ini. Bagi Alphard pula Mi.”

BMW F30 Diserahkan Remy Ampang Bengkok 'Rim' Pula: 'Tak Habis Cerita Macam Ni'

Netizen yang lain meminta Remy Ampang untuk bertanggungjawab di atas hadiah ‘laki dro’ (Lucky Draw) yang dibuatnya.

Ini kerana rim yang bengkok itu boleh memberikan risiko kepada pemandu.

Tetapi ada juga yang meminta netizen agar tidak memperbesarkan perkara tersebut, asalkan pemenang peraduan ok menerima kereta itu dan Remy Ampang memberikannya secara ikhlas.